in

Mulai 3 Julai, Semua Masjid & Surau Di Selangor Dah Boleh Solat Jemaah

Masjid2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), D.Y.M.M Sultan Selangor telah berkenan agar semua Masjid dan surau Kebenaran Jumaat dibuka untuk mendirikan Solat Jumaat.


Malah, semua masjid dan surau di Negeri Selangor dibuka semula untuk mendirikan Solat Fardhu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

 

Berkuatkuasa pada 3 Julai

Yosribgnmasjidsultansalahuddinabdulazizshah

Walau bagaimanapun, jumlah dan bilangan jemaah yang boleh mendirikan solat pada satu-satu masa ditetapkan seperti berikut :-

Jumlah kehadiran jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Fardhu di masjid-masjid berikut ditetapkan pada 1,000 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid.

i) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
ii) Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
iii) Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya

Selain itu, jumlah kehadiran jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Fardhu di semua Masjid lain ditetapkan maksimum pada 500 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid, tertakluk kepada kapasiti masjid yang berkenaan.

Jumlah kehadiran jemaah di Surau Kebenaran Solat Jumaat bagi mendirikan Solat Jumaat dan Solat Fardhu pula ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau.

 

Ibadah korban dibenarkan tapi…

Korban01

D.Y.M.M. Sultan Selangor turut bertitah agar ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha 1441H hanya dilaksanakan di masjid-masjid sahaja. Walau bagaimanapun, bagi surau-surau yang telah pun merancang melakukan ibadah korban, boleh melaksanakannya di masjid berdekatan.

Segala pelaksanaan dan urusan pentadbiran secara terperinci berkaitan titah terbaharu D.Y.M.M. Sultan Selangor ini akan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Jawatankuasa-jawatankuasa masjid dan surau yang berkaitan.

Namun begitu baginda juga menitahkan agar jemaah  wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS

  • Mengambil wuduk di rumah
  • Membawa sejadah masing-masing
  • Memakai pelitup muka (face mask) ketika hadir di masjid dan surau
  • Mengamalkan penjarakan sosial.
  • Tidak sihat adalah dilarang sama sekali untuk melaksanakan solat di masjid dan surau.

 

Baca : Semua Masjid Dan Surau Di KL Dibenarkan Kembali Dibuka Kecuali Di Kawasan ‘Red Zone’ – Ismail Sabri

Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.