in

“Mula pengajian di sekolah pondok” – Dato’ Dr Afifi al-Akiti, Orang Melayu Pertama Yang Menjadi Pensyarah Di Universiti Oxford

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, Universiti Oxford merupakan salah satu universiti paling berprestij di dunia, bukan calang-calang orang nak dapat masuk sana.


Belajar pun dah susah apatah lagi nak jadi pensyarah disana, tapi ramai yang tak tahu Dato’ Dr Afifi al-Akiti atau lebih dikenali dengan nama Sheikh Afifi satu-satunya anak melayu pertama yang berjaya memperoleh kerjaya sebagai pensyarah disana.

Beliau adalah pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford di United Kingdom dan juga merupakan felo pensyarah di Kolej Worcester, Oxford.

Memulakan pengajian di sekolah pondok

Menerusi Orang Perak, Dato’ Afifi yang berasal dari Batu Gajah Perak ini  memulakan pengajiannya di sekolah pondok sahaja, kedua-dua ibu bapanya adalah guru.

Kemudian, beliau telah memperoleh ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008.

Sheikh Afifi telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat.

Malah ada terima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dari situ pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford diperolehinya.

Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.Tahun 2009, Dato’ Afifi telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=osk362XwPqk&feature=emb_title

Tahun 2010, Dato’ Afifi dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh sekarang iaitu Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah.

Kejayaan beliau adalah sesuatu yang amat besar dalam pendidikan Islam dan telah menaikkan imej negara secara tidak lansung mengharumkan nama negara Malaysia dan Perak di mata dunia.

 

Baca : Kenali Pelajar Genius Dari Malaysia Ini, Dapat Tajaan Biasiswa Paling Berprestij di Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.