in

“Mula nampak cahaya di hujung terowong” – Doktor Kongsi Berita Baik ‘Update’ COVID-19 Di Malaysia

Dr Hana Update Covid 19 E1630199844249

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup, dan canvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED. Sekarang dah nampak lantai.”



Demikianlah perkongsian yang ditulis di laman sosial Facebook Dr Hana Hadzrami iaitu seorang doktor di Lembah Klang mengenai perkembangan positif kemasukan pesakit COVID-19 di hospital di negara ini.

Sebenarnya dari minggu lepas saya simpan khabar gembira ini. Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya…

Posted by Hana Hadzrami on Saturday, August 14, 2021

Jelas Dr Hana yang merupakan seorang Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, kes rujukan dari Jabatan Kecemasan kepada Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pesakit COVID-19 yang kritikal juga sudah menunjukkan penurunan.

“Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang.

“Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya dihujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan,” katanya.

Menerusi perkongsian sama yang kini sudah mencecah 24,000 tanda suka dan 2.7 ribu komen daripada warganet, Dr Hana menjelaskan jumlah pesakit kategori ringan mungkin masih ramai tapi golongan itu hanya memerlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja.

“Pesakit kritikal di ICU dalam kalangan warganegara adalah daripada mereka yang tolak vaksinasi.”

Covid 19 Malaysia E1628992496295

Terangnya lagi, pada minggu lalu, jumlah kemasukan pesakit warganegara mulai menurun dan majoriti yang hadir adalah daripada kalangan warga asing.

“Masih ada referral pesakit COVID-19 kritikal ke ICU dari kalangan warganegara namun terdiri daripada mereka yang tolak vaksinasi.

“Ada juga pesakit kritikal dari kalangan yang sudah menerima suntikan vaksinasi namun mereka sembuh sangat cepat berbanding mereka yang langsung tak divaksin.”

Tambah Dr Hana, 4 pesakit diterimanya sudah divaksinasi dan mereka hanya memerlukan bantuan pernafasan 3-4 hari berbanding 2-3 minggu pesakit lain yang tidak sempat menerima vaksinasi.

“Mereka pulih dengan X-ray dada yang bersih. Berbanding dengan majoriti yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang sudah meninggal.”

Pun begitu, Dr Hana berkata, jumlah pesakit COVID-19 di ICU hospital terbabit masih ramai disebabkan kemasukan pesakit sejak sebulan yang lalu, malah, jumlah kes kematian sebelum tiba ke hospital juga masih ramai.

5240C4B562572508867D0006B11D9De1 E1628992573548

Di akhir perkongsiannya, Dr Hana mengajak orang ramai untuk terus berusaha dan bertawakal bagi memerangi wabak COVID-19 dengan mengambil vaksin.

“Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit COVID kritikal di ICU hanya tiga orang – sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka,” katanya.

Sumber: Facebook Hana Hadzrami

Baca: ‘Lelaki Gua’ Di Serbia Terima Vaksin Covid-19, Gesa Orang Ramai Dapatkan Suntikan Segera

2Gua E1628992128876

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.