in

“Mudah pada orang lain…”- Wanita Beranak Tiga Dicerai Selepas Viralkan Kisah Kecurangan Suami

Hasyiiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah curang membabitkan seorang anggota polis ketika ini kecoh di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Pendedahan itu dibuat isterinya, yang dikenali sebagai Hasyidatul Hanim menerusi laman Facebook menjadi viral apabila perkongsiannya mengenai seorang anggota polis wanita yang dikatakan kekasih gelap suaminya.


Disebabkan tindakannya memviralkan kisah itu, Hasyidatul berkata dia telah diceraikan suaminya menerusi WhatsApp.

“Disebabkan egonya tidak mengaku sehinggalah saya viralkan pasal wanita itu, dia akhirnya ceraikan saya.

“Alasannya dia tidak mahu kes ini tersangkut dengan kerja dia.

“Saya juga minta cerai sebab sudah habis kesabaran dengan dia. Terima kasih lafazkan talak menerusi WhatsApp saja,” luah Hasyidatul.

72712182 1392937987531788 7788923272900378624 N
Hasyidatul bersama suami dan tiga anaknya. Sumber: facebook

Wanita beranak tiga itu turut mendakwa, suaminya yang dikenali sebagai Fauzi Taib itu sebelum ini juga pernah beberapa kali kantoi curang.

Malah lebih malang lagi, setiap kali berlakunya pergaduhan antara mereka, wanita itu turut dikasari dan dipukul.

“Dan kali ini dia curang lagi. Saya ada mesej wanita itu, namun mereka berdua menafikannya.” ujarnya.

75242041 1392287084263545 1587501671599046656 N 1
Wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan suami hasyidatul. Sumber: facebook

Hasyidatul juga bertindak memuatnaik beberapa keping gambar suaminya susulan permintaan netizen itu melihat wajah suaminya.

Baca: “Isteri tahu, dia tidak melatah” – Amar Asyraf Akui Curang, Hubungan Dah Lama Putus

Kant

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.