in

“Isteri tahu, dia tidak melatah” – Amar Asyraf Akui Curang, Hubungan Dah Lama Putus

Ammar Feature Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni hangat di perkatakan seorang selebriti lelaki yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang gadis, namun dia sudah pun berkahwin.


Selebriti yang dimaksudkan itu merupakan Amar Asyraf Zailuddin,33. Pelakon yang terkenal menerusi drama Setia Hujung Nyawa telah pun tampil memberi respon berhubung dengan isu yang terpalit ini memandangkan ia memberi kesan terhadap rumah tangganya.

Ammar 3
Sumber: instagram

Menurut Berita Harian Amar, 33 turut mengakui kesilapannya yang lalu dan sedar bahawa perbuatan cinta tiga segi itu tidak sepatutnya terjalin.

“Dalam hal ini, saya salahkan diri sendiri kerana membiarkan diri terjerat dengan cinta tiga segi,” 

“Saya tidak mahu membuka aib sesiapa, tambahan pula hubungan saya dengan gadis itu sudah berakhir pada Mac lalu. Biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia kami.

“Saya juga berharap, penjelasan ini dapat menutup semua isu yang tercetus. Apa yang berlaku antara kami sudah menjadi sejarah dan tidak perlu dikenang lagi.

“Tetapi, jika ada pihak yang terus mengungkit perkara itu, saya tidak teragak-agak membawanya ke muka pengadilan,” katanya.

Tambahnya lagi beliau sendiri memberitahu dan menjelaskan tentang perkara ini kepada isterinya dan dia tenang mendengarnya.

“Keluarga juga tahu mengenai perkara itu. Saya akui, saya yang patut dipersalahkan dalam hal ini dan tidak akan sekali-kali menuding jari menyalahkan orang lain,” katanya.

Amar 1
Sumber: instagram

Sebelum ni seorang gadis yang bernama Ellika Azman telah memuat naik status di Facebook dan Instagram miliknya mengenai perkahwinannya yang dibatalkan bersama seorang selebriti lelaki.

Ellika telah mendedahkan tentang hubungan yang dijalinkan mereka berdua itu dengan memuat naik gambar-gambar dan video pendek di Facebook dan Instagram miliknya.

Admin harap perkara ini sudah selesai dan tidak berpanjangan.

 

Baca: ”I hope takde lagi jadi mangsa” – Wanita Dedah Jalin Hubungan Sulit Dengan Pelakon Lelaki Beristeri Dua?

Cureng

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.