in

MP Bimbang Watak Tan Sri & Datuk Sri Dalam Drama TV Berimej Buruk, Terlibat Isu ‘Affair’ & Rasuah

Watak Datuk Seri Tansri Imej Buruk Drama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita lihat di drama TV tak kiralah drama pukul 7 ke atau cerekarama malam-malam tu, watak mereka yang berpangkat Tan Sri atau Datuk Seri sering dikaitkan dengan perbuatan buruk seperti rasuah dan terlibat dengan affair bersama wanita lain.


Walaupun tak semua drama menggambarkan watak mereka yang berpangkat itu begitu, perkara ini telah menimbulkan kebimbangan MP dari PH-Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

Hasanuddin Mohd Yunus

Menurut The Star, Hasanuddin menerusi satu sidang di Dewan Rakyat, menyatakan kebimbangannya berhubung skrip drama menggunakan watak Tan Sri dan Datuk Seri yang tidak bermoral seperti melakukan hubungan sulit dengan isteri orang serta ambil rasuah kerana perkara ini boleh menjatuhkan imej gelaran tersebut.

Beliau bertanyakan soalan tersebut kepada Menteri Kemunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa semalam.

 

“Dalam masyarakat kita memang ada banyak jenis gelaran” 

Menjawab kepada persoalan itu, Annuar Musa berkata, penggunaan gelaran Tan Sri dan Datuk Seri dalam skrip drama dibolehkan selagi ia tak melanggar garis panduan yang ditetapkan dan menghormati prinsip Rukun Negara.

Whatsapp Image 2021 07 10 At 1.18.04 Pm

Dalam masyarakat kita memang ada banyak jenis gelaran (seperti) Cikgu, Ustaz, Ustazah, Tok Imam, Tok Guru, Yang Berhormat, Datuk Seri, Datin, Tun dan sebagainya.

“Sememangnya dalam penulisan kretif ada sifat antagonis dan sebagainya. Jadi selagi mana penulisan itu membawa mesej yang tidak melanggar garis panduan dan menghormati prinsip Rukun Negara, maka kita mengizinkan pendekatan kreatif termasuk dalam penulisan skrip drama,” jelasnya.

 

“Terasa ke?” 

Isu itu walau bagaimanapun menerima pendapat yang pelbagai dalam kalangan netizen yang berpendapat apa yang ditonjolkan di dalam drama itu adalah realiti kehidupan.

Malah ahli politik tidak sepatutnya merasa bimbang kerana ia hanyalah kisah fiksyen yang direka dan jika mereka ‘terasa’, kemungkinan besar perkara itu ada kaitan dengan kehidupan mereka.

Mp Bimbang Datuk Seri Imej Buruk

Apa-apapun diharapkan isu ini tidak menyekat para pengarah dan penulis skrip untuk menghasilkan karya yang baik di layar TV. 

Baca: Ahli Parlimen Didakwa Tambah Isteri Semasa PKP, Guna Khidmat Imam Thailand Secara Online?

Kahwin Siam

Sumber: Kosmo
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.