Masih ingatkah anda dengan remaja lelaki Syukor Khamis, atau lebih dikenali sebagai Mowgli Malaysia, yang pernah tular beberapa tahun lalu?
Ketika itu, foto ikoniknya bersama kerbau ternakan dirakam jurufoto profesional, Dallah Deen, sehingga mencuri perhatian ramai.
Cepat betul masa berlalu kan? Kini, Mowgli Malaysia telah pun bergelar alumni GIATMARA selepas berjaya menamatkan kursus Teknologi Motosikal di GIATMARA Hulu Terengganu baru-baru ini.
Kejayaan Syukor Khamis itu ketika majlis graduasi GIATMARA telah dikongsikan oleh Facebook GIATMARA Malaysia.

Artikel Berkaitan: Ramai Tak Percaya ‘Mowgli Malaysia’ Dah Besar! Ini Perkembangan Terkini Syukor Khamis
Artikel berkaitan: “Saya masih budok kuba”- Kehilangan 56 Ekor Kerbau Serentak, Mowgli Malaysia, Syukur Tak Patah Semangat
Kursus tersebut berlangsung selama enam bulan di GIATMARA Hulu Terengganu.
Difahamkan, kini, Syukor juga menguruskan bengkel motosikal milik keluarganya.
Semoga dengan kejayaan Syukor ini akan menjadi motivasi kepada lebih ramai anak muda kini untuk menyertai sbidang kemahiran dan TVET.
Sumber: Facebook GIATMARA Malaysia
