in

“Motif bunuh sebab marah?” – Suspek Kes Bunuh Kerat Lapan Ditangkap, Polis Sahkan Kes Dah Selesai

Crax

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siasatan pembunuhan kejam yang melibatkan seorang wanita dan anaknya yang telah dikerat kepada lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong, Melaka pada Khamis minggu lepas akhirnya sudah hampir selesai.


Menurut Harian Metro, motif pembunuhan ini disebabkan suspek marah dengan mangsa. Erk! Marah?? 

 

“Kes sudah selesai, suspek juga sudah ditangkap polis” 

Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Shahrul Laili Masduki berkata, siasatan kes berkenaan kini sudah hampir selesai dan pihaknya dalam proses lengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya.

“Kes sudah selesai selain suspek juga sudah ditangkap dan polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan.

Motif pembunuhan dipercayai kerana rasa marah isu yang ditimbulkan oleh mangsa,” katanya.

51570859161 Tbkeratorgx 1
sumber: astro awani

Beberapa individu juga katanya akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi bantu siasatan termasuklah ahli keluarga lelaki warga Singapura tersebut.

“Buat masa ini belum lagi tetapi dalam proses untuk lengkapkan siasatan akan panggil termasuk keluarga suspek.

“Malah keputusan rasmi ujian saringan air kencing suspek belum diterima daripada hospital,” katanya.

 

Polis tak boleh sahkan identiti mangsa sehingga terima keputusan DNA 

Walau bagaimanapun, pihak polis katanya masih belum dapat mengesahkan identiti mangsa sehingga keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh.

“Kita belum kenal pasti dan perlu menunggu DNA.

“Kita menunggu laporan DNA untuk sahkan badan yang dijumpai adalah mereka yang dilaporkan hilang,” katanya.

48025 1
sumber: blog

Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah buat mangsa dan berharap keluarganya tabah hadapi dugaan ini. 

Baca: “Rumah tu lepas ni mesti angker dan mistik” – Kes Bunuh Kerat 8: Suami Sorok Kepala Isteri & Anak Atas Siling Rumah!

Rumah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.