in

Morgan Geyser: Kanak-Kanak 12 Tahun Ni Terlalu Obses Dengan ‘Slenderman’ Sampai…

Collage 16

Ketika musim bunga tahun 2014, Morgan Geyser berusia 12 tahun telah mengajak dua rakannya Anissa Weier dan Payton Leutner masuk ke dalam hutan di Waukesha, Wisconsin untuk bermain sorok-sorok sebelum Morgan dan Anissa tiba-tiba menyerang Payton.

Sambil dilihat oleh Anissa, Morgan telah menikan Payton sebanyak 19 kali.

Ketika bercakap dengan pegawai polis, dua kanak-kanak ini mengatakan yang mereka membuat keputusan untuk membunuh Leutner bagi memuaskan obsesi mereka terhadap mitos internet Slender Man.

Namun begitu, dua rakan baik ini telah memberikan cerita yang bercanggah mengenai siapa yang bagi idea untuk membunuh Payton. Detektif mengesyaki Morgan merupakan mastermind di sebalik serangan ini.

Tapi macam mana dia boleh buat keputusan untuk bunuh kawan sendiri?

Macam mana Morgan Geyser rancang pembunuhan?

Leutner Geyser And Weier

Dilahirkan pada 16 Mei 2002, Morgan Geyser telah menunjukkan dirinya tidak mempunyai empati sejak usianya kecil. Ini kerana, apabila dia menonton filem Bambi buat kali pertama, ibu bapanya terkejut apabila anak mereka ini tak memberikan apa-apa reaksi.

Kami sangat risau untuk tengok filem ini dengannya kerana kami ingatkan dia akan sedih bila ibunya meninggal dunia. Tapi bila ibunya mati, Morgan hanya menyuruh Bambi untuk lari dan selamatkan diri. Dia tak sedih langsung.”

Tapi, Morgan tidak memberikan apa-apa indikasi yang dia boleh bertindak ganas. Dia merupakan seorang yang pendiam dan kreatif, antara kualiti yang menarik Payton Lautner untuk berkawan dengannya.

Saya tengok dia duduk sorang-sorang dan pada ketika itu saya tak rasa sesiapa pun patut menyendiri.” – Payton

Dua kanak-kanak ini kemudiannya telah menjadi kawan baik malah Payton turut mengatakan bahawa Morgan seorang yang kelakar dan sering buat lawak.

Hubungan mereka berdua mula renggang apabila Morgan berkawan dengan Anissa Weier. Morgan dan Anissa telah menjadi obses dengan makhluk fiksyen yang diciptakan oleh internet iaitu satu makhluk tanpa muka dan mempunyai sesungut yang kemudiannya mula menjadi meme. 

Tapi, Payton tidak kongsikan minat yang sama. Malah dia juga tak suka bila Anissa menganggapnya sebagai seorang yang kejam dan cemburu. Walaupun Payton terfikir untuk berhenti berkawan dengan Morgan, dia membuat keputusan untuk tetap kekal kerana menurutnya semua orang perlukan kawan.

Sementara itu, Morgan dan Anissa telah mula merancang untuk membunuh Payton. Obsesi mereka terhadap Slender Man rupanya lebih parah dari apa yang orang sekeliling mereka sedari.

Percubaan membunuh Payton Leutner

Paytonleutner 1 2020 Ar

Walaupun Payton Leutner tak tahu, tapi Morgan dan Anissa telah merancang untuk membunuhnya selama berbulan-bulan. Anissa turut memberitahu polis yang mereka telah berbisik tentang rancangan mereka ini di tempat awam dan menggunakan kod seperti “cracker” ketika bercakap tentang pisau dan “itch” bila bercakap tentang pembunuhan.

Motif mereka untuk membunuh pula adalah kerana Slender Man. Mereka merasakan dengan pembunuhan ini, mereka akan menyenangkan makhluk tersebut dan Slender Man akan beri mereka untuk tinggal di rumahnya. Manakala jika mereka gagal, dua kanak-kanak ini mendakwa makhluk tersebut akan membunuhnya.

Jadi, pada 30 Mei 2014, Morga dan Anissa membuat keputusan untuk menjalankan rancangan mereka. Mereka telah mengajak Payton untuk masuk ke dalam hutan dan bermain sorok-sorok. Mereka kemudiannya telah meminta Payton untuk menyorok di bawah daun-daun kering sebelum Morgan mula menikamnya.

Tikaman Morgan sebanyak 19 kali ini telah mencederakan kaki, tangan dan badannya. Malah tikaman itu juga turut mengenai organ utama iaitu hati dan perut dan hampir terkena jantung.

Morgan dan Anissa kemudiannya telah meninggalkan Payton dalam keadaan berlumuran darah berseorangan di hutan sementara mereka meneruskan misi mereka untuk mencari Slender Man.

Mana Morgan & Anissa sekarang?

171005 Morgan Geyser Ew 542P

Payton yang ditinggalkan dalam keadaan cedera parah telah berjaya untuk merangkak keluar dari hutan dan mendapatkan bantuan seorang penunggang basikal.

Di hospital, doktor telah berjaya menyelamatkan Payton manakala pihak polis sempat menangkap Morgan dan Anissa dan membawa mereka ke balai polis di mana mereka telah membuat pengakuan mengenai jenayah tersebut.

Ketika bercakap dengan dua kanak-kanak ini, pihak polis yakin yang Morgan merupakan dalang utama dalam cubaan membunuh rakannya ini kerana cara percakapannya yang tidak menunjukkan apa-apa penyesalan.

Di dalam bilik tidur Morgan pula, polis telah menemui lukisan Slender Man dan anak patung yang telah dipotong.

Kedua-dua kanak-kanak ini kemudiannya didakwa atas cubaan membunuh dengan niat di mana Anissa kemudiannya telah mengaku bersalah dan didapati tidak bersalah kerana mempunyai masalah mental.

01Xp Slenderman 01 Mediumsquareat3X

Dia diarahkan untuk masuk ke dalam insitusi mental selama 25 tahun namun dibebaskan pada 2021 dengan syarat gadis ini perlu tinggal bersama bapanya, dapatkan rawatan psikiatri dan bersetuju untuk dipantau melalui GPS dan mempunyai akses internet yang terhad.

Manakala Morgan Geyser pula telah didapati tidak bersalah kerana mempunyai masalah mental dan diarahkan untuk masuk ke institusi mental selama 40 tahun di mana dia masih berada di sana sehingga hari ini.

Ketika dalam tahanan, Morgan disahkan menghidap skizofernia dan terus mendengar suara-suara ghain yang bercakap dengannya. Gadis ini turut mengatakan yang dia boleh berkomunikasi dengan karakter seperti Harry Potter dan Teenage Mutant Ninja Turtles.

Payton pula telah membuat temubual pada tahun 2019 dan memberitahu tentang perancangannya untuk menyambung pelajarannya di peringkat universiti.

Sumber: ati

 

Baca: “Dah tak suka dia” – Selamba Bagi Alasan Ni, Dua Gadis Sempat Kira ‘1,2,3’ Sebelum Bunuh Kawan Sendiri

Collage 11