in

“Dah tak suka dia” – Selamba Bagi Alasan Ni, Dua Gadis Sempat Kira ‘1,2,3’ Sebelum Bunuh Kawan Sendiri

Collage 11

Persahabatan ketika remaja memang banyak cabarannya, lagi-lagi kalau kawan yang kita rapat  tiba-tiba menjauhkan diri. Rasa macam the end of the world, tapi bagi Skylar Neese ia jadi pengakhiran hidupnya.

Artikel ini akan menceritakan tentang bagaimana dua orang gadis telah membunuh rakan baik mereka hanya sebab dorang dah tak suka nak berkawan dengannya lagi.

Shelia Eddy Crime

Kehilangan misteri Skylar Neese

Skylar Neese, Shelia Eddy dan Rachel Shoaf adalah rakan baik ketika bersekolah di sekolah menengah Star City. Mereka bertiga memang tak boleh berpisah, selalu muat naik gambar di media sosial menunjukkan mereka sering luangkan masa bersama.

Tapi kalau diperhatikan betul-betul dekat posting dorang, akan ada yang perasan terdapat konflik di dalam persahabatan ni. Beberapa ciapan di Twitter dari Skylar beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan yang dia mula kecewa dengan rakan-rakannya yang mula keluar tanpanya.

Screenshot 2023 08 07 At 5.13.25 Pm Down

Kemudian, pada 6 Julai 2012, Skylar telah keluar sorok-sorok dari rumahnya melalui tingkap bilik tidurnya. Dia telah meninggalkan telefon bimbitnya di rumah dan tingkap biliknya terbuka menunjukkan tanda yang dia akan pulang semula ke rumahnya.

Pada keesokan harinya, ibu bapa Skylar mendapati bahawa anak gadis mereka ini telah hilang dan melaporkan kehilangannya. Tapi disebabkan Skylar merupakan seorang remaja dan telah meninggalkan rumah atas kerelaannya sendiri, pihak polis telah menentukan bahawa dia telah melarikan diri dari rumah dan bukan dalam bahaya.

Namun enam bulan kemudian, pihak polis telah menemui mayat Skylar Neese di hutan Pennsylvania.

Perbuatan rakan terbongkar

Eddy Shoaf Neese

Ketika pihak polis meneruskan pencarian Skylar Neese, keluarga remaja ini telah mengedarkan risalah tentang kehilangan anak mereka. Malah, rakan baiknya Shelia Eddy turut membantu keluarga ini memberikan risalah dari rumah ke rumah bagi mencari Skylar.

Pihak polis kemudiannya mendapat tahu bahawa kereta yang telah mengambil Skylar pada malam kehilangannya itu adalah milik Shelia. Remaja ini mendakwa bahawa dia telah mengambil Skylar di rumahnya pada jam 11 malam dan dia, Skylar dan Rachel telah memandu di sekeliling kawasan tersebut sambil menghisap ganja sebelum menurunkan rakannya yang hilang itu berhampiran rumahnya.

Pada bulan September, pihak FBI telah turut serta untuk menyiasat kes ini dan mula menemubual rakan-rakan Skylar. Pihak berkuasa mula mengesyaki Shelia dan Rachel telah menyembunyikan sesuatu.

Akhirnya, selepas disoal beberapa kali, pada Januari 2013, Rachel mengaku bahawa dia telah membuat perancangan dengan Shelia untuk membunuh Skylar.

Shoaf Rachel 2 E1393445136490 667X498 1

Menurut Rachel, dia dan Eddy telah menjemput Skylar pada malam 6 Julai dan memandu ke Pennsylvania. Mereka telah menghisap ganja dan memandu tanpa arah sebelum berhenti dan berjalan masuk ke dalam kawasan hutan. Apabila Skylar berpatah balik untuk mencari pemetik api di dalam kereta, Rachel dan Shelia telah membuat kiraan “Satu, dua, tiga…” sebelum menikam Skylar dengan kejam.

Apabila Skylar dah tak bernyawa, dua gadis ini telah mencuba untuk tanam mayat rakannya ini namun begitu tanah tersebut terlalu keras membuatkan mereka membuat keputusan untuk menutup mayat Skylar menggunakan ranting dan batu dan tinggalkan ia di sana sebelum ditemui enam bulan kemudian.

Apabila ditanya kenapa dorang buat keputusan untuk membunuh rakannya ini, Rachel mengaku yang mereka buat perkara ini hanya sebab “dah tak nak kawan dengan dia lagi.” Eh eh perlu ke sampai nak membunuh?

Perbicaraan Shelia Eddy dan Rachel Shoaf

Selepas pengakuan tersebut, Rachel telah membawa pihak polis ke tempat dia dan Shelia menyembunyikan mayat Skylar iaitu di dalam hutan sejauh kira-kira 30 kilometer dari kawasan rumah mereka. Pada Mac 2013, pihak polis mengumumkan kepada orang awam bahawa Skylar telah ditemui mati.

Selepas berita penemuan ini tersebar, Shelia Eddy yang masih belum membuat apa-apa pengakuan telah meneruskan lakonannya seperti semuanya normal dan turut memuat naik ciapan di Twitter sebagai tribute untuk rakan baiknya itu.

Namun begitu, dua minggu kemudian, Shelia telah membuat ciapan mengatakan “Kami memang buat lepas kiraan tiga”, seperti mengesahkan pengakuan Rachel yang mengatakan mereka telah menikam Skylar selepas kiraan tiga.

Pada 1 Mei 2013, pihak polis akhirnya telah menahan Shelia dan pada hari yang sama Rachel telah mengaku bersalah kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan boleh membuat rayuan selepas 10 tahun.

Shelia pula didakwa sebagai orang dewasa dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Sebelum perbicaraannya, gadis ini telah mengaku bersalah kerana membunuh dengan belas kasihan sekaligus membolehkan dia untuk membuat rayuan selepas 15 tahun dipenjarakan.

Dia datang dan berpura-pura seperti tak tahu apa-apa. Dia berlakon dan tinggal dengan kami, tenangkan kami dan bersumpah yang dia tak tahu apa yang berlaku. Tapi hari ini, dia mengaku dan tunjukkan betapa jahatnya dia.”

Motif pembunuhan

Walaupun Rachel Shoaf pada awalnya memberitahu bahawa motif pembunuhan mereka ini hanyalah kerana dorang dah tak suka nak berkawan dengan Skylar, ada beberapa spekulasi mengatakan yang Rachel dan Shelia mempunyai hubungan yang lebih daripada kawan.

Namun begitu, keluarga Skylar menegaskan bahawa anak mereka tak akan sesekali memberitahu orang mengenai perkara ini kerana dia turut mempunyai rakan lain yang gay dan lesbian dan tak pernah ada isu mengenainya.

Manakala Ketua Polis Jessica Colebank percaya bahawa dua gadis ini melakukan pembunuhan tersebut kerana rasa teruja untuk membunuh.

Shelia Eddy turut tidak menunjukkan kekesalannya mahu pun mendedahkan sebab dia membunuh Skylar. Ketika hukuman dijatuhkan ke atasnya, peguamnya telah memberikan kenyataan bagi pihak Shelia dan keluarganya.

Article 2423972 1Be31614000005Dc

Shelia Eddy dan keluarganya sedar dengan perasaan putus asa, kesunyian dan kesedihan yang dirasai oleh keluarga Neese. Untuk ini, Shelia Eddy dan keluarganya sangat-sangat menyesal. Kami berharap, semua keluarga yang terkesan dengan perkara ini dapat meneruskan kehidupan dengan tenteram dan penuh harapan.”

Rayuan Rachel Shoaf

Pada Mei 2023 yang lalu, Rachel telah dibenarkan untuk membuat rayuan pembebasan bersyaratnya yang pertama. Ketika perbicaraan, dia berkata bahawa dia dan Shelia telah menjalinkan hubungan dan mereka membunuh Skylar kerana mahu merahsiakan hubungan tersebut.

Selepas hubungan ini diketahui, hubungan di antara kami bertiga mula tegang. Kami saling bermusuhan dan bersifat ganas, pemikiran remaja kami tak tahu cara untuk menguruskan konflik tersebut dan kami hanya mahukan ia berhenti.”

Manakala bapa Skylar turut memberikan kenyataannya kepada lembaga pengampunan dengan tidak memberikan belas kasihan kepada Rachel.

Pembunuh narsisis kejam ini tidak rasa bersalah atas pembunuhan yang dilakukan ke atas satu-satunya anak saya. Saya percaya yang dia bangga membunuh anak saya dengan kejam. Saya tak ada di sana untuk membela anak saya dari pembunuh ini pada 6 Julai 2012, tapi saya ada pada hari ini dan akan lakukan apa sahaja untuk memastikan dia kekal di belakang palang besi.”

Rayuan Rachel telah ditolak. Dia dan Shelia kini telah ditempatkan di penjara di Virginia Barat dan akan layak untuk membuat rayuan pada 2028.

Shoaf And Eddy

Kesan pembunuhan Skylar Neese

Sejak kematian Skylar, ibu bapanya David dan Mary telah membantu untuk meluluskan “Skylar’s Law” di mana pihak polis perlu mengeluarkan Amber Alert kepada mana-mana kanak-kanak yang hilang di Virginia Barat walaupun mereka dipercayai tidak diculik.

Mereka juga turut membuat tugu peringatan di kawasan hutan tempat anak mereka ini dibunuh.

Sumber: ati

 

Baca: Mary Ann Cotton: Pembunuh Bersiri Zaman Victoria Yang Membunuh Guna ‘Tea Pot’ Beracun

Collage 2