Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar berkongsi memberikan teguran mengenai isu pemakaian hijab yang dilihat semakin dipengaruhi oleh fesyen dan trend semasa.
Menerusi perkongsian di laman Threads, beliau mengingatkan bahawa hijab bukan hanya berkaitan penampilan, tetapi perlu memenuhi tuntutan syarak.
Ustaz Wadi menjelaskan bahawa ukuran seorang Muslim bukan hanya terletak pada fesyen atau trend semasa, sebaliknya sejauh mana pakaian tersebut memenuhi perintah Allah SWT.
“Cantik pada pandangan manusia belum tentu menepati tuntutan syarak.
“Ukuran seorang Muslim bukan sekadar fesyen atau trend, tetapi sejauh mana pakaian itu memenuhi perintah Allah SWT,” katanya.
Dalam hantaran sama, beliau turut mengingatkan bahawa tidak semua bentuk penutup kepala boleh dianggap sebagai hijab yang sempurna sekiranya masih terdapat bahagian aurat yang terdedah.
Menurutnya, pemakaian yang hanya menutup bahagian kepala tetapi masih memperlihatkan leher, tidak melitupi dada atau menyebabkan aurat lain terbuka, belum memenuhi tuntutan hijab mengikut syarak.
Artikel berkaitan: Ustaz Wadi Jawab Persoalan Kenapa Tak Kahwin Lagi, Rupanya Pernah Bernikah Pada Tahun 2009?
Artikel berkaitan: “Patut terletak elok” – Stylist Kongsi Cara Pin Tudung Kalis Tercabut, Guna ‘Micro Stitch’
Beliau turut memetik firman Allah SWT menerusi Surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:
“Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang menyifatkan teguran berkenaan sebagai satu peringatan untuk sama-sama memperbaiki diri dalam dalam menjaga pemakaian selaras dengan tuntutan syarak.
Sumber: Threads
