Penyerang Liverpool, Mohamed Salah mengkritik UEFA kerana tidak menyatakan punca kematian legenda bola sepak Palestin, Suleiman Al-Obeid atau “Pele Palestin” dalam kenyataan penghormatan badan induk itu.
Persatuan Bola Sepak Palestin memaklumkan Al-Obeid, 41, terkorban akibat serangan Israel terhadap orang awam yang beratur menunggu bantuan kemanusiaan di selatan Gaza.
UEFA dalam kenyataannya di platform X hanya menyifatkan bekas tonggak pasukan kebangsaan itu sebagai “bakat yang memberi harapan kepada ribuan kanak-kanak, walaupun dalam saat paling gelap.”
Salah kemudian membalas: “Boleh anda beritahu bagaimana beliau meninggal, di mana, dan mengapa?” Reuters melaporkan UEFA belum memberikan maklum balas setakat ini.
Artikel berkaitan: Bintang Liverpool Mo Salah Disahkan Positif Covid-19
Artikel berkaitan: Liverpool Akan Salurkan Baki Kontrak Diogo Jota Kepada Keluarga
Bintang Mesir berusia 33 tahun itu sebelum ini pernah menyeru agar bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza, ketika konflik di wilayah tersebut menghampiri tahun kedua.
PBB melaporkan lebih 1,000 orang terbunuh di sekitar lokasi agihan dan konvoi bantuan sejak pelaksanaan GHF pada akhir Mei lalu.
Sumber: Astro Awani