in

“Moga yang lain ambil iktibar” – Masjid Di Pekan Dikompaun RM10k Gara-gara Tak Letak Kod MySejahtera

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular gambar di media sosial bila sebuah masjid di Pekan, Masjid Sri Maulana telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal menyediakan kod QR MySejahtera serta buku pendaftaran pelanggan untuk para jemaah yang hadir ke masjid tersebut.


176190618 1087856724958841 1069218097009554100 N

Mengesahkan perkara ini, Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata, pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Pekan mengeluarkan kompaun tersebut kerana pengurusan masjid gagal mendaftarkan nama jemaah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Masjid tersebut didapati gagal menyediakan ​pengimbas suhu dan kod bar MySejahtera serta buku pendaftaran pelanggan.

“Nama jemaah juga tidak direkodkan dalam buku pendaftaran masuk.”

Img 20180203 202625

Ekoran ini, Dr Bahari mengharapkan agar kompaun yang dikenakan ke atas Masjid Sri Maulana ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada masjid lain untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Memetik laporan dari MalaysiaKini, pihak Masjid Sri Maulana telah pun membuat bayaran ke atas kompaun tersebut dan telah diberikan diskaun sebanyak 50%.

 

Baca: “Yakin jumlah pengurangan itu seminimum mungkin dan mampu dibayar” -Tiada Unsur Aniaya Pelajar Dikompaun RM 1,500

Kompaun

Sumber: Facebook
Sumber: WorldOrgs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.