in

“Yakin jumlah pengurangan itu seminimum mungkin dan mampu dibayar” -Tiada Unsur Aniaya Pelajar Dikompaun RM 1,500

Kompaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam viral di media sosial apabila ada sekumpulan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikatakan telah dikompaun RM 1,500 oleh pihak KKM. Dikatakan, mereka dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka.



Ia mengundang kemarahan netizen dan mendapat perhatian daripada Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham sendiri dengan mengatakan akan melakukan tindakan menerusi laman Twitter miliknya.

 

Tiada unsur aniaya

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin yakin bahawa kakitangan tersebut hanya menjalankan tugas untuk mengekang penularan Covid-19.

Katanya lagi, semua pelajar itu boleh membuat rayuan untuk kurangkan jumlah kompaun dengan jumlah yang mampu bayar, lapor Astro Awani.

Saya yakin jumlah pengurangan itu seminimum mungkin dan mampu dibayar pihak pelajar dan jika sampai mereka tidak mampu untuk membayar kompaun, InsyaAllah saya juga boleh membantu untuk menyelesaikannya,” katanya.

Tambah beliau lagi,  semua pihak diminta untuk hormati tugas penguatkuasaan yang bertungkus lumus sejak tahun lepas untuk membendung penularan COVID-19.

“Saya nasihatkan semua pihak supaya bertenang. Perkara ini boleh diselesaikan tambahan sekarang bulan Ramadan, bersangka baiklah kepada pihak KKM yang bekerja keras supaya kita boleh hidup kembali seperti biasa,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa tiada unsur penganiayaan terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak.

 

Baca : “Amboi. Lofa kemain lama nak keluar saman” – Kes Pelajar Matrikulasi Perak Kena Kompaun, Ini Respon DG Hisham…

Hisham2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.