in

“Moga Allah melaknat kamu lelaki dayus” – Dera Isteri Sampai Lumpuh, Suspek Kini Didakwa Bebas

Ft Isteri Lumpuh Koma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tular satu kes beberapa tahun lepas berkenaan dengan isteri didera sehingga koma dan lumpuh, kisah itu pernah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia .

Perkembangan si ibu yang kini telah sedarkan diri tapi masih lumpuh itu sehingga kini dikongsikan oleh ahli keluarganya yang dikenali sebagai Fauziah di TikTok.


“Lelaki dayus tu sekarang bebas kat luar”

Dalam video yang dimuat naik oleh Fauziah dan telah meraih lebih daripada 127K dalam masa sehari itu menunjukkan Fauziah menjawab pertanyaan mengenai si suami yang menganiaya isterinya itu masuk penjara atau tidak.

Oleh itu, Fauziah menjawab bahawa lelaki tersebut kini bebas di luar. Menurutnya lagi, lelaki tersebut juga kini hidupnya bersenang lenang.

“Lelaki dayus tu sekarang bebas kat luar, boleh makan minum , tidur cukup dan enjoy dengan kawan-kawan. Moga Allah melaknat kamu lelaki dayus.”

https://www.tiktok.com/@ziahzara15/video/7192042795081764123

Melihat keadaan si ibu dan jawapan yang diberikan oleh Fauziah, ramai netizen turut merasa geram dan berharap agar dapat tuntut keadilan.

Tinjauan ke ruangan komen, ramai mahukan kes ini sampai ke pengetahuan  Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam, isteri kepada TMJ untuk membantu nasib si mangsa.

Mangsa dah macam mayat hidup, tak adil pada mangsa – Netizen

Screenshot 2023 01 25 175717 Screenshot 2023 01 25 175734 Screenshot 2023 01 25 175752

Allah maha adil, semoga ada sebarang petunjuk dan nasib mangsa terbela. InsyaAllah suatu hari nanti ada lah sinarnya buat si ibu ini.

Baca : [VIDEO] Polis Tahan Lelaki Mengamuk Halang Kakitangan KKM Bawa Wanita Cedera Di Pasaraya

Ft Staf Kkm Diserang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.