in

Kes Pendakwah Selebriti: Lepas Shah Alam, Kini Direman Polis Petaling Jaya Untuk Siasat Kes Rogol Guru Sekolah

Ft Syed

Polis Petaling Jaya akan memulakan siasatan terhadap pendakwah selebriti muda yang ditahan atas dakwaan merogol. Menurut Harian Metro, suspek sebelum ini disiasat oleh polis Shah Alam dan kini diserahkan kepada polis Petaling Jaya untuk siasatan kes di daerah itu pula.

Pendakwah itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi permohonan reman oleh pihak polis. Suspek yang dilihat memakai baju lokap berwarna ungu dan berseluar jingga tiba di pintu masuk mahkamah jam 10.30 pagi hari ini, diiringi dua anggota polis.

Dai1

Suspek direman pula selama 5 hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung dua laporan terhadapnya yang diterima di daerah Petaling Jaya berkaitan kes rogol, gangguan seksual dan seks luar tabii.

Berikut adalah 2 laporan diterima oleh polis Petaling Jaya terhadap suspek:

  1. Dakwaan merogol
    • Seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang berusia 22 tahun mendakwa diajak oleh suspek untuk menyambut hari lahirnya di sebuah restoran di Petaling Jaya pada 22 Oktober lepas, jam 9 malam.
    • Mangsa kemudian diajak ke sebuah rumah di Damansara Perdana dan dirogol oleh suspek.
  2. Dakwaan mencabul dan seks luar tabii
    • Seorang penuntut kolej swasta, juga berusia 22 tahun mendakwa telah dicabul dan dipaksa melakukan seks luar tabii (seks oral).
    • Pada 17 Oktober lepas, kira-kira jam 1 pagi, wanita itu dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana atas tujuan untuk mengajar tentang pemasaran perniagaan.
    • Ketika di rumah suspek, mangsa telah dicabul dan dipaksa melakukan seks oral

Dai

Sementara itu, pendakwah tersebut ketika dibawa ke Mahkamah Majistret dilihat tenang dan sempat meminta orang ramai mendoakannya.

Terima kasih semua kerana datang..saya sihat. Alhamdulillah. Doakan untuk saya. Insya-Allah.”

Baca: Timbul Dakwaan Pendakwah Selebriti Guna Ilmu Pengasih, Polis Terima 5 Lagi Laporan Baru

Blurred

Sumber: Harian Metro