Minum Air Disediakan Dalam Teksi, Rupanya Air Kencing Pemandu!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Yek! Jijik! Itu je mampu admin cakap pasal perangai pemandu teksi yang sorang ni!

Menurut Nextshark, seorang pemandu teksi baru-baru ni ‘sediakan’ air kencing untuk diminum penumpangnya! Yuckkksss!

Penumpang yang dikenali sebagai Sun dikatakan naik servis ride-share di China bernama Didi Chuxing tu. Kebetulan ketika tu dia sangat dahaga dan ternampak ada satu botol berisi air dalam kereta tersebut.

Kata Sun, sesetengah pemandu DiDi yang guna servis premium memang ada sediakan air minuman atau makanan ringan untuk penumpang. So, tanpa fikir panjang dia pun ambil air botol tu dan terus minum!

Sumber: Youtube

Tapi, baru je dia minum seteguk terus dia rasa something is wrong dengan air tu. Menurut Sun, dia terus sedar yang air dia minum tu bukan air minuman tapi air kencing!

Apa lagi, dia terus confront dengan pemandu DiDi tu dan katanya lelaki tersebut kemudian terus merayu supaya Sun tak laporkan atau buat aduan tentang hal tu.

Menurut pemandu tu, dia tak tahan sangat nak kencing dan tak jumpa tandas awam menyebabkan dia buat keputusan untuk kencing dalam botol. Lepas tu, dia akui cuai sebab letak botol berisi air kencing tu dekat tempat letak air bahagian penumpang di belakang.

Disebabkan takut kehilangan kerja, pemandu tersebut siap offer duit kepada Sun untuk settle hal tu antara mereka berdua je. 

Sumber: Youtube

Rasa tertipu, of course Sun tak terima duit tu dan terus laporkan insiden tersebut kepada pihak DiDi. Difahamkan, pihak pengurusan DiDi dengan segera terus respon dengan keluarkan permohonan maaf secara terbuka.

“Kami memohon maaf atas kejadian malang ini dan akan membawa kedua-dua penumpang dan pemandu untuk pemeriksaan fizikal.”

Pemandu tu kini digantung kerja dan menurut DiDi, dalam aplikasi ada ‘Toilet Locator’ yang direka khas untuk pemandu mereka. Tapi disebabkan 30,000 pemandu yang guna setiap hari, (mungkin) ia terdapat masalah dan perlu diupgrade.

Toilet Locator | Sumber: Nextshark

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada Sun ada terima wang pampasan atas kejadian malang terminum air kencing yang berlaku tu.

Admin nak termuntah bayangkan dia minum and telan air kencing tuuuu 🤮🤮

Baca: [VIDEO] Kesian Makcik Ni Kena Pedajal Minum Kopi Dengan Clorox

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!