“Minta maaf, saya tak boleh beri apa-apa komen” – Kena Serbu Dengan Wartawan, PU Abu Tak Berani Mengaku Dah Kahwin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hari ini, PU Abu kembali ke tanah air lepas beberapa minggu ikut rombongan umrah dan kepulangannya dikejutkan dengan wartawan yang dah sedia menanti dekat KLIA untuk tanya soalan berhubung kontroversi rumah tangganya.

Menurut mStar, PU Abu tidak berani untuk mengaku bahawa dia sudahpun kahwin dengan janda anak satu tersebut. Namun, dia tetapi beri kerjasama seolah-olah dia lalui kontroversi yang sedang melanda ini dengan tenang ketika berada di Mekah. Kata Abu,

Awak tengok macam mana saya sekarang, inilah diri saya. Tak nampak pun saya sugul. Maknanya tak adalah saya pulang ke Malaysia dalam keadaan kurus kering atau tak makan ke.”

Sumber: mStar

Menurut PU Abu, cerita yang netizen tahu cuma sebahagian daripada keseluruhan situasi yang sebenar. Dia juga hanya mahu cerita itu diketahui keluarga ketiga-tiga pihak sahaja.

Tiada siapa pun tahu cerita sebenar melainkan keluarga saya dan keluarga di pihak bekas isteri dan Hana.”

Saya minta maaf sangat-sangat, saya takkan beri apa-apa kenyataan. Apa pun paksaan atau desakan saya takkan buka mulut. Itu sahaja jawapan saya ketika ini.”

Sumber: mStar

Dia yang dinasihati bapanya, Mokhtar Rozaidi untuk tidak beri kenyataan susulan berkata apa yang keluar dari mulut dia sebelum ini banyak diputar belit oleh ramai pihak termasuk media.

“Minta maaf. Saya tak boleh beri apa-apa komen. Saya kena dengar cakap ayah saya kerana dia minta supaya jangan buka mulut untuk bagi kenyataan kepada sesiapa pun.

“Saya akan beritahu selepas saya dapat keputusan dari ayah saya. Apa-apa pun saya kena tunggu ayah saya. Saya takkan bagi apa-apa kenyataan sehingga arahan daripada ayah saya.”

Jadi kita tunggu lah keputusan ayah dia ye…

Baca: “Cerita bekas isteri saya bukan cerita penuh” – PU Abu Mohon Maaf, Kecewa Bekas Isteri Buka Aib di Media Sosial

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!