in

Minta Bantuan Presiden Turkiye, PMX Kata Aktivis Malaysia Akan Dibawa Keluar Ke Istanbul Sehari Dua Ini

PMX aktivis malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah berbincang dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang bersetuju untuk membantu membawa pulang 23 aktivis Malaysia yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Istanbul.

Menurut laporan Berita Harian, Anwar berkata proses tersebut akan memakan masa satu dua hari dan pemimpin Islam dunia turut bersetuju dengan langkah berkenaan.


“Saya sudah minta jasa baik Erdogan untuk bawa (aktivis Malaysia keluar) ke mana-mana sempadan (dengan Israel) dan bawa ke Istanbul, dari Istanbul kita bawa pulang.

“Dari Istanbul, insya-Allah kita akan bawa pulang rakyat kita. Beberapa persefahaman awal sudah dicapai sejak pagi tadi. Itu (usaha bawa keluar dijangka) dalam satu dua hari ini,” katanya.

Artikel berkaitan: Gelombang Kedua Misi Kemanusiaan, 11 Lagi Kapal Sedang Belayar Ke Gaza?

Artikel berkaitan: ADALAH Maklumkan Peserta GSF Yang Ditahan Tentera Isr*el Dinafikan Hak Guaman

558104042 1384147326400164 5555403371221101114 n

Jelas Anwar, semua aktivis Malaysia dijangka dibawa keluar dengan menaiki satu pesawat dari Israel bersama aktivis Turkiye yang turut ditahan semalam.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan tugas utama ketika ini ialah mencari jalan untuk menyelamatkan kesemua aktivisi Malaysia yang ditahan.

Beliau turut berharap pihak Israel tidak mengganggu dan penjarakan mereka kerana perkara itu sudah dilihat sebagai satu penderaan.

Katanya lagi, kesemua aktivis GSF sudah memberi sumbangan besar dan peristiwa semalam (pintasan dan penahanan) telah mencelikkan masyarakat dunia terhadap kekejaman Zionis.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.