fbpx
in

Michelle Yeoh Cipta Sejarah, Jadi Wanita Asia Pertama Tercalon Anugerah Oscar Lepas Hampir 1 Abad

Michelle Yeoh Oscar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja diiktiraf sebagai pelakon wanita terbaik dalam Anugerah Golden Globes, Tan Sri Michelle Yeoh cipta sejarah lagi, kali ini beliau tercalon sebagai pelakon wanita terbaik bagi untuk Anugerah Akademi yang juga dikenali sebagai Oscar.


Tahun 2023 ini menyaksikan karier anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkembang mekar di persada antarabangsa, melalui filem Everything Everywhere All At Once, Michelle Yeoh hanya selangkah sahaja lagi akan dapat merangkul anugerah tersebut.

Ia merupakan pencalonan pertama beliau untuk anugerah tersebut malah ianya ternyata lebih manis apabila beliau merupakan pelakon Asia pertama yang dicalonkan dalam Oscar sejak ia diadakan 95 tahun dahulu.

Sebelum ini, pada tahun 1935 seorang lagi aktres Merle Oberon juga dikatakan mempunyai darah campuran India namun beliau tidak dikategorikan sebagai ‘Asia tulen’.

Pencapaian itu juga menyaksikan Michelle Yeoh menjadi rakyat Malaysia pertama dicalonkan dalam anugerah tersebut.

Dalam kategori itu, Michelle Yeoh bakal berentap dengan Cate Blanchett (Tar), Ana De Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans), anugerah tersebut bakal diadakan 12 Mac ini di Los Angeles.

Semoga Tan Sri Michelle Yeoh dapat banggakan Malaysia sekali lagi!

Baca: Michelle Yeoh Terharu Terima Banyak Ucapan Tahniah, Zahir Penghargaan Buat YDPA & Permaisuri

Michelle Yeoh Golden Globe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top