in

Michelle Yeoh Terharu Terima Banyak Ucapan Tahniah, Zahir Penghargaan Buat YDPA & Permaisuri

Michelle Yeoh Golden Globe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Standing in the eyes of the world…


Pelakon kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mambuatkan rakyat Malaysia berbangga apabila menjadi anak Malaysia pertama yang merangkul antara anugerah paling berprestij di Amerika Syarikat iaitu Golden Globes.

Sudah pastinya ramai yang menitipkan ucapan tahniah buatnya yang mencatat rekod membanggakan itu, malah menerusi laman Instagram miliknya beliau memberitahu ramai yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepadanya.

https://www.instagram.com/p/CnTVgylLvGr/?utm_source=ig_embed&ig_rid=24502f01-a9a0-452a-b572-c3a9b98546ef

Dalam hantaran itu juga, pelakon ‘lejen’ itu merakamkan penghargaan kepada semua termasuk yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selain itu, Michelle Yeoh turut berkata, segala kasih sayang, sokongan dan ilmu berharga yang dicurah serta dikongsi oleh semua yang mengiringi perjalanan karier seninya amat-amat dihargai beliau.

Semalam, Michelle Yeoh menerima anugerah tersebut bagi kategori pelakon wanita terbaik menerusi filem Everything Everyone All At Once.

Seniwati itu menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).

Sebagai info, beliau memulakan kerjaya lakonan di Hollywood sekitar 40 tahun lalu dan sudah membintangi lebih 70 buah filem antarabangsa.

Tahniah Tan Sri!

Baca: Michelle Yeoh Dipilih Sebagai Ikon Tahun 2022 Oleh Majalah Time

Michelle Yeoh Time Magazine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.