in

“Mesti Tun letih…”

Mahathir Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang sah PRU kali ini paling epic!


1st, kita dapat tengok pihak pembangkang menggulingkan kerajaan Barisan Nasional selepas menang majoriti undian di seluruh Malaysia. Kedua, rakyat terpaksa tunggu kerana pengiraan undi ambil masa yang lama dan hanya berakhir pada jam 4.40 pagi. Ketiga, kita dapat saksikan sejarah baru tercipta, di mana Tun Mahathir yang kini berusia 92 tahun bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 .

Namun, apa yang lebih menarik perhatian rakyat dan menjadi bualan di media sosial pada masa ini adalah berita penangguhan upacara angkat sumpah tersebut. Pada mulanya ia dijadualkan berlangsung pada jam 9.30 pagi ini sebelum ditangguh kepada jam 5 petang tadi.

Lepas dua jam tunggu depan TV, rakyat dikejutkan dengan berita penangguhan upacara itu sekali lagi. 

Mahathir 2 1
sumber: facebook

Rakyat yang gelisah masing-masing bersimpati dengan layanan yang diberikan kepada Tun Mahathir. Tiba seawal 4.40 petang, namun Tun dibiarkan menunggu sehingga hampir 2 jam. tanpa apa-apa pengumuman dan upacara tidak berlangsung.

Meskipun tidak cukup rehat sejak subuh 9 Mei, Tun dilihat menanti dengan penuh sabar sementara rakyat mempersoalkan apa yang berlaku. Masing-masing meluahkan rasa simpati terhadapnya.

Seorang netizen berkata,

“Beliau menunggu di Istana Negara sejak 4.40pm dan kini sudah jam 6.34pm. Mereka langsung tidak menghormatinya! Macam ada sesuatu yang tidak kena berlaku! Kenapa YDPA perlu masuk campur sedangkan keputusan sepatutnya di tangan rakyat!”

Seorang lagi berkata,

“Banyaknya benda kena sabar. Mula-mula sabar tunggu kerajaan sekarang dijatuhkan, kini rakyat dah pilih Tun M, kena tunggu upacara angkat sumpah pulak yang asyik tangguh je.”

Mahathir 3

Whatsapp Image 2018 05 10 At 17.55.31 1

Tun Mahathir dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia jam 9.30 malam ini. Mari kita bersama-sama berdoa untuk kesihatan Tun M dan semoga upacara angkat sumpah dapat berlangsung hari ini dan tidak lagi ditangguhkan. Jom sama sama bagi support!

Baca: Tangguh Lagi….

Pru Mahathir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.