in

“Mesti sorg bawak semua nk try ni” – [VIDEO] First Time Pakai Sunscreen, Reaksi Pemuda Ni Buat Ramai Terhibur

Fi Laki Pakai Sunscreen E1631259589105

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita bercakap soal penjagaan kulit ni, biasanya kita tahu bahawa kaum wanita lah yang paling mengambil berat dan risau dengan keadaan kulit mereka. Selain daripada membeli produk berkualiti, mendapatkan rawatan untuk kulit juga adalah penting bagi mereka supaya kekal yakin dengan mempunyai kulit sihat.


Namun kaum lelaki juga tak kurang hebatnya, apabila ada juga yang betul-betul menitikberatkan soal penjagaan kulit ini. Tapi bagi mereka yang baru ingin cuba-cuba soal penjagaan kulit ni, mesti mereka akan rasa teruja macam kisah ini.

 

Teruja pakai sunscreen

Baru-baru ini, gelagat seorang lelaki yang pertama kali mengenakan sunscreen pada mukanya menjadi tular di media sosial.

Menerusi posting yang dikongsi oleh @Safwan Hamsani ini, menunjukkan aksi seorang rakannya yang seakan teruja selepas mencuba memakai sunscreen pada wajahnya.

Dalam video berkenaan, sekumpulan lelaki ini dilihat berada di dalam surau dan sedang bersiap-siap untuk keluar. Pada ketika itu, mereka semua ini sedang mengikuti sebuah latihan khas di Universiti Malaysia Kelantan.

Laki Pakai Sunscreen 2

Kemudian salah seorang dari kawannya yang dikenali sebagai Zul, mencalitkan krim tersebut ke mukanya. Disebabkan itu pertama kali dia menggunakan produk tersebut. dia jadi teruja dan ketawa melihat mukanya ketika itu sambil rakan yang lain mengajar cara memakainya. Seronok betul tu.

Malahan, salah seorang dari kawannya siap tolong pegangkan telefon supaya Zul lebih mudah untuk tengok kamera pada waktu itu. Memang kawan yang bagus.

Posting tersebut mula menjadi perhatian ramai, dan sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari 191k tontonan di TikTok.

@safwanhamsani

Amende laaaaa

♬ original sound – Safwan Hamsani – Safwan Hamsani

 

“Haa mcm tu lah perempuan bersiap kat surau”

Menjengah ke ruangan komen, aksi pemuda tersebut membuatkan rata-rata netizen melihat jadi terhibur. Menurut komen oleh seorang netizen mengatakan, bahawa aksi dilakukan pemuda itu betul macam wanita yang tengah bersiap-siap ketika di dalam surau.

Selain itu juga, pertolongan oleh rakannya itu membuatkan ramai yang boleh relate dengan apa yang selalu dilakukan oleh wanita ketika sedang bersiap bersama kawan-kawan mereka.

Reak Laki Pakai Sunscreen 3 Edit Reak Laki Pakai Sunscreen 2 Edit Reak Laki Pakai Sunscreen 1 Edit

Tak pernah lagi min tengok orang excited nak buat skincare ni. Kawan-kawan dia pun bagus sebab support dia. Tapi betul ke kalau perempuan macam ni juga?

 

Baca : “Tak sangka, ada yang ambil berat dekat riders” – Lelaki Ini Teruja Bila Dapat Hadiah ‘Sunscreen’ Dari Customer

Foot Laki Pakai Sunscreen

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.