in

“Mesti makan kismis minda” – Hebat! Burung Kakak Tua Kalahkan Pelajar Harvard Dalam Ujian Minda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Burung kakak tua memang terkenal dengan meniru gaya percakapan kita, memang menjadi lazim kalau kita jumpa burung ini kita berkali-kali cakap ‘Hello’ dengan harapan dia akan balas.


Namun bukan terkenal dengan meniru percakapan sahaja, malah burung ini dikatakan memiliki daya ingatan yang kuat.

Baru-baru ini, seekor burung kakak tua telah mengalahkan pelajar dari Universiti Harvard dalam ujian memori, Lapor India Times.

Tujuan mereka lakukan ujian ini adalah untuk penyelidikan. Berdasarkan uji kaji itu, mereka telah menggunakan burung kakak tua Afrika yang berusia 22 tahun atau nama saintifiknya Psittacus erithacus.

Ujian ini dilakukan dengan sebuah game di mana 4 cengkerang berlainan warna akan di letakkan di bawah 4 cawan kertas. Mereka harus teka, cengkerang warna apa di bawah cawan itu.

Ketua penyelidikan, Hrag Pailian dari bahagian Psikologi Harvard akui keputusan ujian itu sangat tidak dapat dijangkakan.

Bayangkan lah seekor burung berjaya mengalahkan pelajar University Harvard, ia sangat menakjubkan!” – Hraig Pailian

Untuk pengetahuan korang, burung ini telah kalahkan kanak-kanak berusia 6 hingga 8 tahun dan 21 orang dewasa turut terlibat dalam ujian ini.

 

Baca: “Anak tak anak sekali dia ngap”-Dakwa Ada Ikatan Batin Dengan Haiwan, Pak Cik Ini Ambil Buaya Jadi Anak Angkat

Sumber: India Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.