in

8 Gerai Burger Di Lembah Klang Yang Akan Buat Anda Terliur

Burger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja burger, ‘Ramly’ mesti sudah terpahat di minda kita kan? Bayangkan burger Ramly yang diolah dengan pelbagai jenis sos dan dimasak dengan cara tersendiri. Ada yang kata ‘street burger’ ni lagi best! So jom kami kongsikan dengan anda 8 burger yang anda perlu cuba!


P/S: Disebabkan tahap populariti yang tinggi dan sudah dikenali ramai, kedai-kedai ini tiada dalam senarai kami. (Jangan marah k!)

  • Kaw Kaw Burger
  • Burger Bakar Abang Burn
  • myBurgerLab

Jom usha!

 

1. Brother John Burger

Johnn

Anda perlu cuba ‘Master Burger’ di sini. 2 kepingan daging, 2 cheese dan 1 telur, memang sangat sesuai jika anda sedang kelaparan. Menurut pelanggan tetap, layanan mereka memang tip top!

Alamat: Jalan SS 21/39, Uptown Damansara, 47400 Petaling Jaya

Waktu operasi: 4PM – 5AM (Selasa-Ahad)

John1

John2

 

 

2. Burger Bobby Simpang 3

Bobby1

Bermula secara kecil-kecilan di luar rumah, kini Bobby sudah mempunyai kedai yang lebih selesa dan mampu menampung lebih ramai pelanggan yang datang. Kalau anda first nak rasa, cuba burger Lamb Tiesto!

Alamat: No.8A, Gerai IKS, Jalan AU2B, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 4PM- 4AM (Isnin-Ahad)

Bobby2
Lamb tiesto

Bobby3

 

 

3. OM Burger Ampang

Om6

Sudah bertapak selama 20 tahun menyebabkannya popular dalam kalangan penduduk Ampang dan Kuala Lumpur. Om Burger juga mampu menarik pelanggan dari kawasan lain, sangat mudah untuk jumpa kerana terletak berhadapan dengan 7Eleven.

Alamat: 2-20 Lorong Kolam Air Lama 1, Ukay Heights, 68000 Selangor 

Waktu operasi: 7PM – 5AM (Isnin-Ahad)

Om5

Om3

 

 

4. Zam Burger

Zamm

Walaupun hanya bisnes secara kecil-kecilan di hadapan rumah, Zam Burger sudah dikenali dengan burger gergasi atau dipanggil burger jumbo buatannya sendiri. Kalau tidak mahu terlepas untuk merasa burger jumbo di sini, make sure anda datang sebelum 9 malam. Yup, secepat tu burger jumbo Zam habis!

Alamat: Jalan 6/23B, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 6PM – 1AM (Isnin-Ahad)

Zam1

Zam4

 

 

[sociallocker id=1666]

5. Lava Grill Burger

Lava

Memulakan perniagaan dengan menyewa ruang di Restoran Bismilah, Seri Kembangan, kini Lava Grill Burger sudah memiliki beberapa cawangan sekitar Lembah Kelang. Terkenal dengan jolokan ‘burger bakar banjir’ dan kepingan daging yang dijual sangat tebal berbanding burger-burger lain yang mungkin anda pernah jumpa.

Alamat: No 15-1, Jalan 18/33A, Taman Sri Serdang, 47100 Seri Kembangan, Selangor (Salah satu cawangan)

Waktu operasi: 12.30PM – 12.30AM (Isnin-Khamis); 2.30PM – 12.30AM (Jumaat-Ahad)

Lava2

Lava3

 

6. Bob Republic Burger Bakar

Bob1
Kredit: facebook / bob republic burger bakar

Pernah menjadi pilihan dan disiarkan dalam rancangan Best In The World, Bob Republic bukan hanya terkenal dengan burger bakar mereka tetapi juga makanan lain seperti ribs, nachos dan quesadilla. Anda juga boleh pilih dua jenis roti iaitu focaccia bun atau charcoal bun.

Alamat: Jalan USJ 9/3e, USJ9, 47620 Subang Jaya, Selangor 

Waktu operasi: 6PM – 1AM (Isnin-Ahad)

Kredit: Friedchillies
Kredit: friedchillies

Bob6

 

[/sociallocker]

 

7. Jackson’s Burger 

Kredit: Vkeong.com
kredit: vkeong. Com

Perniagaan yang diusahakan oleh dua pasangan Cina ini sudah dimulakan sejak 40 tahun yang lalu. Selain daging/ayam, burger ketam juga dijual di Jackson’s Burger. Kalau anda tidak sukakan burger yang terlalu banyak sos, ini lah tempatnya. Tapi mereka hanya dibuka pada waktu siang sahaja.

Alamat: Jalan 14/29, Seksyen 14, Petaling Jaya, 46100 Selangor 

Waktu operasi: 11.30AM – 5PM (Tidak tetap)

J2

J3

 

 

8. The Burger Shop

Shop1

Bermula dengan food truck, kini The Burger Shop sudah mempunyai kedai sendiri. Burger daging dan homemade sos lada hitam mereka menjadi pilihan ramai pelanggan.

Alamat: 23, Jalan SS 15/2a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: 6PM – 2AM (Isnin-Sabtu)

Shop2

Shop3

 

 

Lepas ni kalau dah muak atau bosan dengan burger dari restoran fast food, pergi lah cari kedai-kedai di atas!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.