Macam yang korang tahu, disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir semua kawasan dikawal oleh pihak PDRM dan tentera bagi memastikan orang ramai patuh dengan arahan.
Pun begitu, sampai hari ni masih ada lagi orang yang ingkar dengan arahan PKP dan masih berani keluar dengan menggunakan pelbagai alasan untuk lepas dari ditahan.
Baru-baru ni, satu video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki yang ditahan oleh pihak polis dan tentera kerana tak berada di rumah walaupun dah lepas jam 8 malam.
Apa yang lebih teruk, bila pihak polis periksa kereta lelaki ini, dorang temui satu papan dadah jenis Erimin 5 atau nama lainnya Happy 5. Biasanya dadah jenis ini digunakan oleh orang-orang di kelab malam kerana kesannya lebih cepat dari ecstacy.
Ketika pihak polis menemui dadah tersebut, pada awalnya individu itu menafikan benda tersebut adalah dadah dan memberikan alasan ianya ubat. Selepas, polis sebut nama dadah tu, barulah lelaki ni nak mengaku bersalah.
Diakhir video ni, korang boleh tengok pihak polis menggari lelaki ini untuk dibawa ke lokap bagi membuat siasatan lanjut.
Korang boleh tengok video penuh dekat bawah ni:
Dah la ingkar PKP… Sekali polis check jumpa pulak dadah… Mereput la ko dlm lokap……lokasi xdikenal pasti lagi…. pic.twitter.com/S6oE6PSa57
— nanmanjoi🇲🇾 (@nanmanjoi11) March 26, 2020
Haih, dah tak pasal-pasal orang suruh lockdown dia ke lockup. Buat hal betul…