in

“Meremang jugaklah” – [VIDEO] Kerusi Roda Milik Pesakit Meninggal Dunia Bergerak Sendiri Di Hospital

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para doktor terkejut bila melihat rakaman CCTV menunjukkan kerusi roda milik pesakit mereka yang telah meninggal dunia bergerak secara sendiri.


Pekerja-pekerja di hospital tersebut yakin yang kerusi tersebut digerakkan oleh hantu pesakit yang meninggal di hospital dekat Udon Thani, Thailand.

Dalam video tular yang telah dimuatnaik di YouTube ni, korang boleh tengok kerusi roda ni tiba-tiba bergerak dengan perlahan sebelum berhenti dan mengundur ke belakang berdekatan dengan pintu masuk hospital.

Insiden menyeramkan ini mula mendapat perhatian bila salah seorang pekerja terkejut melihat kerusi roda telah bertukar tempat pada waktu pagi.

Menurut The Sun, pengarah hospital tersebut, Thanasak Pakdeenuan mengesahkan yang kerusi roda tersebut adalah kerusi roda manual dan ia telah bergerak sendiri.

Gifit 1590647349856 1

Tak mungkin ada orang kawal kerusi roda tu dari jauh.”

Thanasak turut memberitahu bahawa kerusi roda tersebut didermakan oleh bekas pesakit yang telah meninggal dunia di hospital tersebut.

Kerana kejadian ngeri ini, pihak hospital telah membuat perancangan untuk melakukan acara doa selamat bagi menghormati roh pesakit tersebut.

Pun begitu, Thanasak kurang percaya dengan jelmaan hantu seperti yang diberitahu oleh pekerja-pekerjanya.

Malam tu memang berangin. Mungkin kerusi tu gerak sebab angin. Tapi, to be safe, kita tetap akan menjalankan upacara sembahyang Buddha untuk memberi hormat kepada roh pesakit itu.” 

 

Baca: Robert The Doll: Kisah Disebalik Patung Hantu Paling Seram Yang Dikatakan Boleh Bergerak & Mencederakan Orang?

Screenshot 2020 06 30 At 4.25.53 Pm

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.