in

Meremang! 10 Kisah Seram Universiti Awam Yang Confirm Korang Pernah Dengar

Fi Ipta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap institusi pendidikan tak kira sekolah atau universiti, confirm dah biasa dengan tradisi kisah seram kan? Kadang-kadang tu ceritanya lebih kurang sama je. Sampai tak tahu nak percaya ke tak.


So, dekat sini min nak listkan 10 kisah seram universiti awam dekat Malaysia yang mungkin korang familiar atau mungkin lebih kurang sama dengan kisah seram di tempat korang belajar.

Tapi sebelum tu, kisah-kisah seram ini berkemungkinan ada yang hanyalah mitos semata-mata atau mungkin juga ada di antaranya merupakan kisah benar.

1. Misteri bas tengah malam UKM

Kisah seram pertama ini berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kisah seram popular universiti ini dikatakan berkaitan dengan misteri bas kosong pada tengah malam. Menurut pelajar-pelajar UKM, kalau jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam tu, elakkan lah naik bas. Ia kerana tepat pada jam 12 tengah malam nanti akan muncul sebuah bas misteri yang dikatakan membawa bunian dan para penumpangnya kelihatan seperti patung.

20424110 1442457962503309 9216441941171332436 O

2. Roh pelajar tak tenteram UTM

Kisah seram kedua ini lain pula ceritanya, dikatakan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). IPTA yang terletak di negeri selatan Malaysia ini popular dengan kisah seram dihantui roh pelajar yang mati bunuh diri di sekitar Kolej Tun Fatimah. Katanya, roh itu akan mengganggu para pelajar sehingga ada yang pernah dirasuk!

3. Misteri kelibat wanita berjogging USM

Siapa sangka, hantu pun amalkan gaya hidup sihat! Misteri yang berlaku di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini melibatkan kelibat seorang wanita sedang berjogging berdekatan sebuah tasik bernama Tasik Harapan. Apa yang buat students USM meremang tentang kelibat wanita ini ialah, dia jogging tengah malam, atas air tu! Orang jogging atas darat, tapi dia atas air! 

4. Jenazah diusung ‘jemaah’ tak berkepala Fakulti Bahasa Moden UPM

Jika dilihat dari segi lokasi Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) ini, sangatlah agak menyeramkan kerana ia terletak bersebelahan dengan kawasan tanah perkuburan Islam dan Cina. Tambahan pula, replika rumah tradisional juga terletak di fakulti ini. Jadi, tak hairanlah jika ada pelajar yang pernah nampak sekumpulan jemaah tak berkepala sedang mengusung jenazah di kawasan rumah tradisional itu.

2018 03 24

5. Gangguan ‘orang sebelah’ UIA

Jika UPM diganggu di kawasan fakulti, kisah seram kelima ini pula berlaku di bahagian kolej Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sekitar kawasan Mahallah Zainab Jahsy. Katanya, kawasan mahallah ini sangat popular dengan cerita diganggu ‘orang sebelah’. Menurut pelajar di situ, gangguan yang biasa mereka terima ialah bunyi ketukan pintu bilik di kolej itu. Apabila ditanya siapa, entiti itu menjawab “orang sebelah”. Pun begitu, orang sebelah yang dimaksudkan bukanlah jiran bilik sebelah, tetapi entiti berbadan sebelah sahaja!

6. Wanita berbaju merah di tandas makmal UMP

Satu benda min pelik kalau kisah seram kan, kenapa mesti hantu pakai baju merah atau baju putih? Kisah seram kali ini berlaku di bahagian tandas makmal Universiti Malaysia Pahang (UMP). Menurut pelajar IPTA ini, katanya terdapat satu tandas makmal di universiti ini yang menjadi hotspot ‘seorang’ wanita berbaju merah ‘bertenggek’ di atas pintu tandas sambil menjelir lidahnya. Kalau min yang jumpa, agaknya tak sempat lari dah pengsan!

Dppev1Kumaahi7E

7. Kelibat Melati UiTM Sabah

Lagi satu ‘trend’ kisah seram kan, kenapa mesti nama yang terlibat guna nama-nama lama atau nama bunga? Macam kisah popular UiTM cawangan Sabah ni. Dikatakan seorang gadis bernama Melati pernah membunuh diri di situ dan sehingga kini, kelibatnya masih lagi mengganggu para pelajar melalui cermin.

Media Uitm Sabah

8. Jelmaan jin bersama pelajar UUM

Kisah seram di Universiti Utara Malaysia (UUM) ini pula berkait dengan jelmaan jin. Menurut pelajar UUM, jelmaan jin ini sering mengganggu mereka dalam bentuk menyerupai manusia dan katanya mereka juga sering tinggal bersama-sama para pelajar lain di dalam kolej kediaman! Ini susah ya, macam mana nak tahu tu roommate kita ke tak?!

9. Tragedi 10 Oktober UPSI

10 Oktober merupakan satu tarikh yang boleh dikatakan semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) confirm tahu. Pada tarikh ini, dikatakan telah berlakunya satu tragedi di mana seorang wanita hamil telah membunuh diri selepas ditinggal oleh teman lelakinya. Oleh sebab itu, pada tanggal ini setiap tahun, korang boleh try tengok bumbung bangunan Suluh Budiman dari celah kangkang korang. Kalau bernasib baik, korang nampak lah ‘dia’.

Bsb

10. Roh lelaki mati lemas dalam almari MTD

Min rasa min pernah dengar kisah ni tapi min tak tahu pula ia berlaku di Maktab Tentera Diraja! Kisah berkaitan seorang pelajar lelaki yang mati lemas di dalam almari ini pasti dah macam-macam versi yang korang pernah dengar. Kisah daripada MTD ini versinya dikatakan kerana pelajar itu sembunyi daripada ke masjid untuk solat jumaat. Selepas kematiannya, ‘dia’ dikatakan sering mengganggu pelajar lain dengan ketukan dari dalam almari itu.

Jadi, korang rasa cerita hantu mana yang paling seram? 

Sumber: Tiktok

Baca: [VIDEO] Pintu Buka Tutup Sendiri di Lalaport, Ingat Berhantu Rupanya…

Baca Hantu 1

Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Twitter
Sumber: TikTok
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.