Sikap jujur dan saling membantu bila seseorang itu dilanda kesusahan adalah satu amalan yang mulia. Maka tak rugilah kalau seseorang itu membawa sikap tersebut walaupun dia sedang merantau di negara orang kerana ia pasti akan mendatangkan kebaikan.
Menerusi perkongsian Facebook wanita Singapura bernama Michelle Lim, dia telah berkongsi kegembiraannya dan ucapan terima kasih buat dua pemuda warga Malaysia yang berkerja sebagai cleaner di Singapura apabila mereka menjumpai iPad Pro miliknya yang hilang.
Menurut Michelle, dua pemuda tersebut, Eday Sam dan rakannya, Yuamirul telah menghantar satu mesej kepadanya untuk memaklumkan bahawa mereka telah menjumpai iPad tersebut dan berkemungkinan wanita itu telah tercicir ia di mana-mana.
Eday dan Yuamirul kemudian bertemu dengan Michelle dan menyerahkan semula iPad Pro yang hilang tersebut kepada pemiliknya.
https://www.facebook.com/michellelimlh/posts/3492331974207583
Michelle yang terharu dengan sikap kedua-dua pemuda tersebut berharap mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik di Singapura kerana kedua-duanya mempunyai ijazah sarjana muda serta pandai menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
“1 Disember hari yang terindah untuk kami!”
Perkara tersebut kemudian dikongsikan semula oleh Eday Sam di laman Twitter miliknya. Menurut Eday, perkara tersebut merupakan permulaan bulan Disember yang baik untuknya dan rakan.
Dia yang bertugas sebagai pekerja kebersihan di Singapura mengakui ia adalah memori terindah yang akan dikenang olehnya dan dia sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia.
1st December was a great day for us! Leave it here for our memory. Im Malaysian! ?? pic.twitter.com/jQemNSlZJZ
— Eday Sam ?? ?? (@EdaySam_) December 2, 2020
Perkongsian tersebut mendapat pujian netizen yang berbangga dengan apa yang dilakukannya dan semoga ia menjadi tauladan buat semua.
Semoga terus sukses ya anak muda!