in

Bergambar Dengan Si Mati, Budaya Lazim Masyarakat Eropah Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Untitled Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah terfikir tak nak bergambar dengan mayat sebagai tanda kenang-kenangan? Fuh, creepy!


Dalam budaya kita, rasanya tak pernah lagi ada orang buat macam tu — pertama sebab kita disuruh supaya menghormati dan menjaga aib si mati dan kedua, dah tentulah seram yob nengok wajah manusia pucat lesi gitu.

Tapi kalau nak tahu, ia sebenarnya merupakan tradisi orang Eropah dulu kala sejak abad ke-19 lagi.

Malah, aktiviti sedemikian dipercayai menjadi amalan masyarakat di Baroque, Rococo dan Victoria Classic — dan ia dikategorikan sebagai postmortem photography.

Seorang pengguna Twitter @ammardathinker ada berkongsi kisah mengenainya.

1 2

2 1

Setelah teknologi berkembang dan boleh mengguna pakai cermin, logam nipis dan kertas barulah proses ini menjadi lebih murah.

Ini secara tak langsung membenarkan keluarga dari kelas pertengahan untuk mengambil gambar dengan si mati.

Ditambah pulak dengan proses ‘exposure time’ kamera yang agak lama, ramai keluarga yang kematian anak akan menggunakan khidmat fotografi postmortem untuk mendapatkan potret keluarga.

Lagi satu, kanak kanak ni sifatnya cepat bosan dan tak mahu duduk statik.

Jadi kalau gambar mereka ditangkap, gambar mereka akan kabur kerana ‘exposure time’ yang lama. Apabila mereka sudah mati, gambar mereka senang ditangkap kerana mereka dah tak bergerak.

3 1

Menurut @ammardathinker, jenis fotografi ini juga sebenarnya bertindak sebagai teropong dan tingkap masa.

Sebagai contoh, kebanyakan gambar fotografi postmortem mempunyai kanak kanak sebagai si mati. Hal ini sebab zaman tersebut ramai mati kerana dijangkit wabak penyakit seperti cacar air dan tifoid.

Selain itu, ia membenarkan kita melihat pakaian dan adat masyarakat Eropah di zaman tersebut.

Lain kelas dan negara, lain juga posisi si mati dalam gambar. Sebagai contoh, gambar potret postmortem di Amerika Syarikat — si mati mereka matanya tertutup.

4

5

Disebabkan corak gambar fotografi postmortem yang memberi mesej keluarga yang kuat, maka adat ini masih bersambung di negara negara barat.

Budaya ini dijelmakan sebagai fotografi keluarga dengan si mati dalam keranda, ataupun si ibu dengan si bayi yang meninggal ketika bersalin.

6

Sekali pandang, korang akan fikir ini potret bayi dengan kerusi besar.

Walaubagaimanapun, itu sebenarnya bukan kerusi, tapi ibu mereka. Seperti yang diceritakan di atas, fotografi pada zaman tersebut mempunyai ‘exposure time’ yang lama.

7

Dan dipercayai, sehingga kini mereka masih mengamalkan tradisi mengambil gambar bersama si mati.

 

Baca: “Semua penduduk yang mati diganti dengan patung” – Kisah Aneh Kampung Terpencil Di Nagoro, Jepun Ni Pasti Buat Korang Meremang

V

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.