in

“Mereka hero, bukan saya” – [VIDEO] Netizen Puji Pemandu Bas Sanggup Berhenti, Bawa Mangsa Banjir Yang Sakit

Video Viral

Pemandu bas perantara MRT, Izan Shah Samsuddin dipuji ramai netizen selepas video menunjukkan dia membantu mangsa banjir kilat viral di media sosial.

Mereka hero sebenar, bukan saya.”

Itulah yang dikatakan pemandu berusia 33 tahun tersebut apabila menerima komen positif masyarakat. Kejadian itu dilaporkan berlaku dekat Taman Bangi, Kajang pada Sabtu malam dan pada waktu itu bas yang dipandu menghala ke Hab MRT Kajang sudah tiada penumpang.

Bas8 1

Bukan itu saja, menurut mStar, sebenarnya bahagian dalam bas tersebut telah pun dimasuki air namun Izan tetap berhenti untuk menghulurkan bantuan sebaik ternampak penduduk melambai.

“Bas pada waktu itu tiada penumpang. Sebelum tu saya dah lalu kawasan tersebut tetapi air banjir belum tinggi lagi. Kemudian saya lalu pukul 9.50 malam, nampak dalam 5 ke 6 orang melambai. Bila dekat nampak ada pengusung. Mereka usung orang sakit rupanya.”

“Selepas menghentikan bas, mereka minta saya hantar ke kawasan selamat yang tidak dinaiki air. Tapi tak jauh pun, mereka kata hantar situ sahaja sebab dah hubungi ambulans.”

Bas7 1

Izan bagaimanapun tidak sempat untuk bertanya tentang keadaan pesakit tersebut kerana ketika itu situasi cemas dan berlaku dengan pantas.

Tindakannya turut mendapat pujian daripada pihak pengurusan Prasarana Malaysia Berhad dan menerusi satu kenyataan semalam, mereka mengucapkan terima kasih kepada Izan atas bantuan yang dihulurkan.

Bas6 1

Berterima kasih dengan pujian diterimanya, Izan menganggap penduduk yang terlibat itulah hero sebenar yang lebih layak dipuji kerana banyak membantu mangsa banjir.

“Mereka hero sebenar, bukan saya. Saya cuma lalu di situ secara kebetulan dan memberikan bantuan atas dasar perikemanusiaan. Sesiapa pun yang ada di tempat saya pasti akan buat benda sama.”

Tonton video di bawah:

Baca: Kucing Antara Yang Terkorban Ekoran Banjir Kilat Di Kajang Dan Hulu Langat

Xxx 2

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Sinar Harian