in

“Mereka dah dua kali cerai” – Jururawat Cabar Tunjuk Bukti Yang Dia Bersekedudukan Dengan Suami Wanita Hamil

Wawa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah isu mengenainya viral di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Wawa tampil buka mulut pasal isu pergolakan rumah tangga antara teman lelakinya yang dikatakan bersekedudukan sewaktu isterinya sedang sarat mengandung.


Menerusi mStar Online, Wawa menegaskan tuduhan khalwat itu tidak tepat, katanya ada 3 orang di rumahnya sewaktu mereka diserbu oleh JAIS.

 

Ditangkap khalwat berduaan tak benar!

66204477 2630829570285325 610612829002661888 O

Menurut Wawa, masa mereka kena ‘cekup’, dalam rumah tersebut bukanlah mereka berdua sahaja. Tambahnya lagi, Mieda merupakan dalang disebalik penangkapan tersebut. Hmm? Macam mana boleh dapat call?

“Masa tu ada saya, seorang kawan perempuan dan lelaki itu. Kami baru lepas makan, kami juga berpakaian lengkap.”

“JAIS selongkar bilik saya pun langsung tak ada bukti kami bersekedudukan seperti yang didakwa.”

“Masa kami kena ‘angkut’ naik van JAIS, kakak perempuan hamil tu datang dan bagitahu kepada pegawai bahawa dia yang buat laporan”

“Dia tak sedar yang saya ada dalam van. Dia yang rancang sebenarnya”

Wawa yang bekerja bekerja sebagai seorang jururawat menegaskan bahawa Mieda Marsha (kakak kepada isteri hamil) dan adiknya itu seolah-olah cuba menyalahkan dirinya.

Tambahnya Wawa lagi rumah rangga pasangan itu sudah lama goyah.

 

Pernah bercerai dua kali

66165852 2630829606951988 7035368254340071424 N

“Setahu saya mereka dah dua kali bercerai. Kalau cerai sekali lagi lepas dia bersalin dah jadi kali ketiga pula”

“Saya kenal lelaki tu sejak bulan Mac, mereka sengaja viralkan sebab lelaki tu sebelahi saya. Lelaki tu sendiri cakap dia dah tak tinggal dengan isteri dia, tapi dia pun tak tinggal dengan saya”

“Kalau betul saya bersekedudukan, sila bagi bukti. Saya tak takut. Saya pun dah hubungi pegawai penyiasat dan dimaklumkan itu bukan kes khalwat”

Berikutan dengan video maki hamunnya itu, Wawa berkata niatnya hanya sekadar mempertahankan dirinya apabila diserang oleh Mieda.

 

Cuba nak bertahankan diri

 

“Sebab dia datang serang saya, siapa yang nak tahan? Dia siap rakam video nak viralkan saya. Dia nak saya minta maaf, tapi nak minta maaf atas apa?”

Perkongsian daripada Mieda di Facebook telah meraih lebih daripada 11,000 jumlah perkongsian sebelum ianya dipadam. Kita pun dah dengar daripada pihak lagi satu, jadi korang nilaikan lah sendiri. 

 

Baca : “Takde maruah!” – Suami Kena Cekup Bersekedudukan Dengan Perempuan Simpanan Selama 4 Bulan Masa Isteri Hamil

Wanitatampil

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.