in

“Mereka bimbang betapa gelapnya kulit anak saya” – Meghan Markle Bongkar Kehidupan ‘Perit’ Dengan Keluarga Diraja Britain

Meghan Markle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua sedia maklum, keluarga diraja Britain suatu ketika dulu pernah terpalit dengan kontroversi yang mengatakan mereka mungkin terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan puteri kesayangan dunia, Diana meninggal dunia pada 1997.


Ev7Rn32Xyaits47

Namun selepas bertahun-tahun perkara tersebut berlaku, tiada bukti yang mengatakan terdapat penglibatan daripada keluarga tersebut mengenai kemalangan berkenaan.

Walau bagaimanapun, gosip ‘buruk’ mengenai keluarga diraja ini tetap tersebar juga yang mana baru-baru ini, isteri kepada Putera Harry mendedahkan keperitan yang dialaminya ketika hidup bersama keluarga tersebut semasa mula-mula berkahwin dengan suaminya dulu. 

7Cbeb636 A27D 4Cdd 8Bdd Ceeeac2453Ef

 

Pernah terfikir nak bunuh diri 

Menurut laporan CNN, Meghan Markle memberitahu yang beliau pernah mempertimbangkan untuk membunuh diri selepas menyertai keluarga diraja Britain selain mendakwa wujudnya isu perkauman dalam sistem monarki tersebut dalam satu sesi wawancara bersama Oprah Winfrey.

Ev7Hpo4Ucamtf6N

Meghan dan Harry yang kini keluar daripada kehidupan keluarga diraja Britain mendedahkan yang beliau juga dinafikan bantuan ketika berdepan dengan masalah kesihatan mental serta kebimbangan mengenai warna kulit anaknya yang belum dilahirkan pada ketika itu.

Saya tidak mahu hidup lagi. Itu pemikiran berterusan yang sangat jelas, nyata dan menakutkan,” kata Meghan kepada Oprah.

 

Anak tidak diberi gelaran kerana bimbang berkulit gelap? 

Meghan, 39 yang berasal dari keluarga bapa berkulit putih dan ibunya pula berkulit gelap juga menceritakan tentang kebimbangan keluarga diraja mengenai warna kulit anaknya, sambil mengatakan Harry hanya berkongsi mengenai penampilan Archie serta hak kebebasannya menjelang kelahiran pada 6 Mei 2019.

Sepanjang saya hamil, kami bersama-sama membincangkan sama ada Archie tidak diberi kebebasan, tidak diberi gelaran selain bimbang dengan perbualan mengenai betapa gelapnya kulit ketika dia dilahirkan,” katanya.

Bila ditanya Oprah mengenai ‘siapa’ yang bercakap atau bertanya mengenai hal tersebut kepada Harry, Meghan memilih untuk tidak mahu membuka mulut mengenainya kerana bimbang ia akan merosakkan reputasi keluarga diraja Britain.

“Perkara ini akan merosakkan reputasi mereka,” katanya.

 

Insiden ‘buat Kate menangis’ jadi titik tolak serangan kepada dirinya 

Sementara itu, Meghan juga tegas menafikan dakwaan yang beliau membuat isteri Putera William, Kate Middleton menangis sebelum majlis perkahwinannya dengan Harry.

Semua orang di sana tahu itu tidak benar. Beberapa hari sebelum pernikahan, beliau kesal dengan satu perkara.

“Ya, halnya mengenai gaun gadis bunga dan itu membuatkan saya menangis, ia betul-betul menyakitkan perasaan saya,” jelasnya yang mengatakan bukan Kate yang menangis namun perkara itu berlaku sebaliknya.

Ev7Eszlucaeutz0

Walau bagaimanapun jelas Meghan, Kate sudahpun meminta maaf atas kejadian tersebut. Malah akibat perkara itu, Meghan menyifatkan ia menjadi titik tolak kepada permulaan pembunuhan karakternya dan perubahan dalam hubungannya dengan keluarga diraja.

Selepas berlaku pergeseran antara pasangan ini dengan keluarga diraja Britain, Meghan dan Harry membuat keputusan untuk berpindah ke Amerika Utara dan bekas pelakon itu juga mula digambarkan sebagai keras kepala dan terburu-buru serta pentingkan diri sendiri oleh media Britain.

Ev8Olejxyacwtoh

Wawancara dua jam bersama pasangan diraja di televisyen Amerika Syarikat (AS) itu antara yang popular sejak Puteri Diana, ibu Harry menceritakan hal perkahwinannya dengan Putera Charles pada 1995.

Oprah dilapor menjual kandungan wawancara itu kepada saluran AS CBS dengan harga AS$7 juta hingga AS$9 juta (RM28.6 juta hingga RM36.8 juta) bagi mempertahan hak kandungan antarabangsa, yang akan menarik perhatian pihak monarki Britain.

Hmm banyak teh tentang keluarga diraja Britain yang tertumpah hari ini… 

Baca: Palsukan Kematian? Ini Antara 5 Teori Konspirasi Kematian Puteri Diana #Throwback

Diana

Sumber: Twitter
Sumber: CNN
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.