in

“Mereka adalah manusia” – Gelar Rakyat Palestin ‘Kerosakan Sampingan’, The Hulk Bidas Netanyahu

The Hulk Selar Netanyahu

Kian ramai golongan artis dan selebriti Hollywood tampil menyuarakan pendapat masing-masing dengan apa yang berlaku di Palestin ketika ini.

Terbaharu, pelakon yang terkenal dengan watak The Hulk, Mark Ruffalo tampil mempertahankan rakyat Palestin yang ditindas di negara sendiri oleh tentera Zionis.

Beliau menyelar kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang melabel rakyat Palestin sebagai ‘kerosakan sampingan’ ketika Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Gaza.

Artikel berkaitan: Dari Mia Khalifa Ke Elon Musk, Ini 5 Selebriti Yang ‘Bersuara’ Tentang Konflik Palestin-Israel

Artikel berkaitan: Bapa Bella Hadid Cerita Kisah Dihalau Sampai Jadi Pelarian Gara-Gara Bagi Orang Yahudi Tumpang Rumah

Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform X, Mark Ruffalo menegaskan bahawa rakyat di Palestin merupakan manusia yang secara ‘kebetulan’ lahir dan terperangkap di negara tersebut.

“Maaf, mereka bukan ‘kerosakan sampingan’ sebaliknya mereka adalah manusia yang dilahirkan dan menetap di Gaza, kebanyakan mereka terperangkap di sana.

“Kasihanilah, mereka rakyat Palestin yang bernyawa, bukannya bangunan, jalan raya atau benda lain,” katanya.

Turut bersimpati terhadap nasib penduduk Palestin, beliau juga menyatakan mereka yang dalam tahanan atau tebusan juga tidak seharusnya dijadikan mangsa kezaliman zionis.

Dalam hantaran itu, dia turut berkongsi pautan kenyataan Netanyahu yang disifatkan tiada belas kasihan kerana memandang kematian rakyat Palestin ketika ini hanyalah sebagai ‘sebuah kerosakan akibat perang’.

Menerusi laporan media antarabangsa, Netanyahu menolak dakwaan bahawa Israel melanggar undang-undang antarabangsa dalam peperangan yang berlaku.

Pemimpin Zionis itu turut mendakwa bahawa tentera Israel hanya menyerang Hamas dan tidak sengaja menyasarkan orang awam meskipun angka kematian rakyat Palestin semakin meningkat.

Sumber: X, Kosmo!