Apa perasaan korang kalau baru beli baju tak sempat nak buka dari packaging lagi, kawan korang dah pergi jahanamkan, lebih-lebih lagi kalau baju yang korang beli tu baju branded.
Kalau admin memang boleh putus kawan! Tapi Danish ni cool je. Bila Denial Hakim terkoyakkan baju baru dia. Tak buka dalam parcel lagi!
Kesian membe. Baru dapat baju baru dah barai”
Kesian membe. Baru dpt baju baru dah barai huhuhuhu pic.twitter.com/4a9islTZ5i
— 🌼 (@ehtiberlakau) July 3, 2019
Danish, baju yang Danish beli secara online ni baru je sampai, tak sempat buka lagi daripada parcel tu. Excited punya pasal, Denial pun tolong lah bukakan. Ya lah, tengok member beli barang baru mestilah kita pun teruja kan?
Guntingnya dah ada tapi tetap nak buka pakai pisau, terus di potongnya dengan ganas, tapi rupa-rupanya dengan baju-baju sekali terkena. Haa kau! Terus gelabah nak ganti baru
Bagaimanapun dengan rasa serba salah Denial pun dengan rela hati nak gantikan yang baru.
Adidas part 2 … 🤣🤣🤣 pic.twitter.com/ca49oM8Q8T
— 🌼 (@ehtiberlakau) July 4, 2019
Alahai! Sweater Adidas tu bukannya murah dek……Kalau admin speechless kot. Video yang dikongsikan oleh Zati ini raih lebih daripada 7,000 jumlah retweets kat Twitter.
Ramai netizen salute dengan Danish sebab masih steady dan cool tengok baju kena koyak. Kalau kena kat orang lain mahu-mahu kena maki hamun.
Tenangnya dia kalau kena kat aku lah…- Netizen
Ada juga yang mengecam Denial sebab bertindak sedemikian, namun begitu majoriti memuji dengan kesabaran Danish. Tapi, baguslah Denial bertanggungjawab atas kesalahan dia.