in

Menyayat Hati… Puluhan Mayat Mangsa Tragedi Rusuhan Stadium Kanjuruhan Masih Belum Dituntut Waris

Rusuhan Stadium

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanggal 1 Oktober kini menjadi salah satu tarikh gelap dalam lipatan sejarah bola sepak Indonesia, apabila perlawanan di antara Arema FC dan Persebaya bertukar tragedi apabila terdapat rusuhan yang menyebabkan kehilangan ratusan nyawa.

Setakat ini, seramai 125 orang menjadi mangsa rusuhan tersebut dan lebih 300 orang masih dirawat di hospital.


Terbaru menurut laporan Malang Post, puluhan lagi jenazah yang berada di hospital belum dapat dikenali dan belum dituntut oleh keluarga.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Kesihatan Malang, Dr. Wiyanto Wijoyo dalam satu kenyataan yang diberikan ketika di Hospital Wava Husada Kepajen.

Img 20221002 094544

Difahamkan, perkara pertama yang dilakukan oleh jabatan kesihatan selepas kejadian tengah malam itu adalah merujuk pesakit yang kritikal ke beberapa hospital termasuklah Hospital Kanjuruhan Kepanjen dan Hospital Saiful Anwar, Malang.

“Kebanyakannya (mayat) sudah diuruskan, kecuali mayat yang belum diuruskan kerana identiti dan keluarganya belum diketahui,” katanya. 

Dr. Wiyanto turut memberitahu, bilik jenazah di Hospital Kanjuruhan telah penuh kerana ia hanya mampu menampung 20 mayat, beliau juga menyeru waris yang sedang mencari ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi ini untuk ke Hospital Saiful Anwar atau ke RSUD Kanjuruhan.

Semoga tragedi seperti ini tidak berlaku lagi, salam takziah kepada semua keluarga yang terlibat…

Baca: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi Ketika Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia

1Indo

Sumber: Malang Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.