Tengah malam tadi, kemalangan besar berlaku di sekitar Kilometer 246 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora melibatkan tiga buah kenderaan iaitu kereta dan dua treler.
Menurut Berita Harian, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar segera bergegas ke tempat kejadian dengan bantuan dari BBP Meru Jaya dan jentera tangki air BBP Kamunting serta BBP Ipoh selepas menerima panggilan pada jam 12:52 tengah malam tadi.
Inna lillahi wainna ilaihi roji'un
5 rentung kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah kereta dan 2 treler di KM 246 arah utara lima kilometer ke arah Kuala Kangsar selepas Terowong Menora, pic.twitter.com/ZBVhAFCE2n— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) May 12, 2022
“Terbakar dengan kadar 90%”
Ujar jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, jenis model kenderaan yang rentung itu masih belum dapat dikenal pasti manakala untuk treler, masing-masing bermuatan besi dan mozek.
Kereta yang masih belum dikenalpasti dan treler bermuatan besar itu telah terbakar sebanyak 90%, dan mengorban mangsa seramai 5 orang yang rentung dalam satu kereta manakala dua orang pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.
“Lima mangsa di dalam kereta disahkan maut setelepas rentung oleh pegawai perubatan hospital dengan kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan.” – Katanya
Setakat ini, beberapa gambar dan juga video kejadian kemalangan itu telah dikongsikan oleh pengguna lebuhraya di media sosial yang turut menunjukkan keadaan api marak dan diikuti beberapa letupan.
Difahamkan kelima-lima mangsa yang rentung itu merupakan pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah.
Allahu, pilu hati min tengok semua gambar yang korang share ni… Untuk keluarga mangsa, min harap korang kuatkan semangat ya.
Baca: [VIDEO] Kereta Raya Sempat Guna Seminggu Je, Sebelum ‘Total Lost’ Sebab Kemalangan