Seorang lelaki warga Malaysia ditahan di Singapura kerana telah menjerat 35 orang wanita untuk menghantar gambar dan video bogel mereka dengan berpura-pura menjadi doktor pakar sakit puan.
Ooi Chuen Wei yang berusia 37 tahun telah dijatuhi hukuman penjara 40 bulan pada hari Rabu, dia mengaku bersalah atas enam pertuduhan penyamaran dan lima belas lagi pertuduhan sedang diambil kira.
Menurut The Straits Times, pada akhir 2016, Ooi mencipta profil Facebook dengan menggunakan nama “Dr Janice Lee Yan Hooi” daripada “Gleneagles Medical Singapore”.
Dalam profil Facebook itu, dia telah menggunakan gambar seorang wanita Malaysia secara rawak untuk dijadikan gambar profilnya.
Bagi menampakkan dirinya lebih meyakinkan, dia berkawan di Facebook dengan ramai orang tidak mengira jantina malah dia juga mencipta profil Instagram serta LinkedIn dengan menggunakan nama yang sama.

Selepas mengenal pasti mangsa wanitanya, dia akan menghantar mesej memperkenalkan dirinya sebagai Dr Lee dan menawarkan untuk berkongsi pelan perubatan untuk kesihatan payudara dan seksual beserta konsultasi bulanan. Dia juga berkata pelan perubatan itu telah diluluskan oleh “Gleneagles Medical Singapore”.
Dia kemudian menghantar arahan step by step tentang cara mengurut payudara dan kawasan kemaluan mereka dan meminta mereka menghantar video mereka berbuat demikian.
Caranya itu telah menjerat 35 orang wanita dengan 919 gambar serta video yang dihantar kepadanya dari tahun 2018 dan 2021.
Akhirnya tertangkap…
Kesalahannya terbongkar pada 24 Julai tahun lalu apabila seorang mangsa membuat laporan polis, mengatakan dia telah menjadi mangsa penipuan. Ia kerana dia mula curiga dengan tindakan Ooi dan menyiasat sendiri sebelum menyedari tiada doktor dengan nama itu dari Gleneagles.
Anggota polis menyerbu rumah Ooi pada 11 Nov tahun lepas dan merampas pelbagai peranti elektronik, termasuk tiga komputer riba dan lima telefon bimbit.
Semasa siasatan, dia mengaku terlibat dalam skim itu dan menerangkan secara terperinci modus operandinya.
Semoga dapat balasan yang setimpal…