in

Bakal Doktor Didakwa Simpan 740 Bahan Lucah Kanak-kanak Guna Aplikasi Snapchat, Siap ‘Arah’ Video Lagi!

Untitled Design 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suka atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat terdapat individu yang mempunyai masalah kognitif tidak normal, sebagai contoh mereka yang digelarkan sebagai pedofilia.



Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, pedofilia adalah individu yang mempunyai minat seks atau nafsu terhadap kanak-kanak yang belum baligh, kira-kira berusia bawah 15 tahun.

Terbaru, seorang pelajar perubatan bukan warganegara telah didakwa di Mahkamah Sesyen, Seremban atas 12 pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan berunsur lucah kanak-kanak.

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA POLIS MALAYSIATangkapan Suspek Yang Memiliki Bahan Pornografi Kanak-kanak.

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, September 21, 2022

Dalam kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM), suspek menggunakan aplikasi media sosial (snapchat) untuk berkomunikasi dan memerangkap mangsa serta melakukan ugutan bagi mendapat bahan berunsur seksual (sextortion).

Menurut laporan Kosmo!, lelaki berkenaan merupakan warga Bangladesh dikenali sebagai Zobaidul Amin dan berusia 24 tahun, dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas 12 pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Suria Budin.

Tertuduh difahamkan menyimpan sebanyak 740 imej digital dalam telefon bimbit, pemacu USB serta cakera keras dan dia telah didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Dia melakukan kesemua kesalahan tersebut di sebuah rumah di Bukit Rasah, Seremban di antara 26 Oktober 2021 sehingga 19 September tahun ini.

Sebagai info, kejayaan penahanan ini merupakan hasil kerjasama antara PDRM dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan kes akan disebut semula pada 30 November depan.

Kita tunggu lah perbicaraan dia nanti…

Baca: “Dia ugut tak bagi duit belanja” –  Wanita Kongsi Kisah Ayah Pedofilia, Adik Beradik Hidup Menderita

Ayah Pedo Anak Trauma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.