in

Menu Siswa Rahmah Berharga RM 3.50 Boleh Didapati Di IPTA & Politeknik

Menu Rahmah Siswa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selaras dengan inisiatif Menu Rahmah yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga memulakan insiatif yang sama khas buat pelajar.


Menteri KPT, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata inisiatif itu akan membantu 320,000 mahasiswa daripada keluarga B40.

Cats 33

Menurutnya, KPT sentiasa menyokong dan berusaha membantu pelajar kurang berkemampuan terutama golongan B40 supaya mereka tidak terjejas dalam melanjutkan pengajian hanya kerana kesusahan dan keperitan hidup.

“Jadi, hari ini saya ingin menyatakan KPT sudah mendapat komitmen penyertaan daripada semua 20 Universiti Awam (UA) dan politeknik, membabitkan sebanyak 235 gerai yang menawarkan makanan pada harga RM3.50.

Langkah ini dapat membantu menangani kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Menurut laporan Berita Harian, Menu Siswa Rahmah itu dapat dijalankan berikutan pihak UA tidak mengenakan kos penyewaan gerai kepada peniaga, membabitkan kos RM3 juta setahun di UA dan RM700,000 setahun di politeknik.

Pun begitu, pada masa yang sama, beliau memberitahu UA dan politeknik yang terlibat masih menyediakan Menu Rahmah dengan hidangan pada harga RM5 kepada mereka yang berkemampuan.

Baca: Nafi Persenda Menu Rahmah, Exco Terengganu Dakwa Memang Suka Makan Nasi Begitu

Cats 7

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.