in

Nafi Persenda Menu Rahmah, Exco Terengganu Dakwa Memang Suka Makan Nasi Begitu

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu Hanafiah Mat dikecam ramai selepas dia didakwa mempersenda Menu Rahmah dalam satu video.


Terbaharu, Hanafiah menafikan dakwaan tersebut dan berkata makanan yang dipesan di dalam video tersebut bukanlah Menu Rahmah seperti yang diperkatakan ramai. Malah, dia turut menyatakan kebiasannya memakan nasi bersama kuah.

Pada hari kejadian, kebetulan makanannya tidak mempunyai kuah. Jadi sebagai ganti, Hanafiah menuang sedikit air oren pada nasi untuk memudahkannya makan menu tersebut.

“Pada kejadian itu saya memang makan nasi dengan ikan goreng, ada sayur campur dan ayam, ada dua jenis sayur serta telur. Nasi itu kebetulan tak ada kuah.”

“Saya memang orang Terengganu, saya memang tak pernah makan nasi tak ada kuah. Saya gunakan air yang saya minum sebagai kuah dan saya makan nasi tu sampai habis. Ia dilihat beberapa kawan saya. Kawan saya pun dia letak air makan nasi,” katanya kepada sumber.

Selain itu, Adun Chukai itu berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah terhadapnya. Dia turut menganggap itu hanyalah tindakan jahat oleh pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaannya sebagai exco kebajikan di Terengganu.

“Saya akan ambil tindakan peguam terhadap tangan-tangan jahat cuba menjatuhkan reputasi saya sebagai wakil rakyat,”

“Itu bukan Menu Rahmah, saya tak sebut tu Menu Rahmah, tangan-tangan jahat ni, orang politik ni yang iri hati terhadap saya yang sangat berjaya sebagai exco di Terengganu yang sentiasa beri bantuan dan dekat di hati rakyat,” katanya.

Untuk rekod, video tersebut tular dan mendapat perhatian ramai termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Kredit: FMT

BACA: Nasi Kandar RM5? Restoran Hameediyah Bakal Perkenal Menu Rahmah Bulan Depan

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.