in

“Mentaliti apa ni?” – Pensyarah Kena Cop ‘Kolot’ Sebab Nasihat Pelajar Kalau Taknak Jadi Andartu

Lecturer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendapat seorang pensyarah yang tular dekat Twitter baru-baru ini menjadi bualan hangat netizen sejak tweet tu dimuat naik beberapa hari lalu.


Nak tahu kenapa? Sebab menurut netizen, pensyarah ni punyai mentaliti yang kolot dek kerana ‘menyuruh’ pelajar perempuan berkahwin meskipun masih sedang belajar kerana takut jadi andartu!

Kalau nak buat Master kena ada tunang, kalau nak sambung PhD kena ada suami kalau tak ada nanti mesti tak laku dah sebab dah dapat status andartu.”

Pensyarah
sumber: twitter

Menurut pensyarah yang tak dikenali tu lagi, biasanya matlamat utama seseorang tu sambung PhD is because nak jadi pensyarah. Tweet tu kemudian mula dapat perhatian ramai pengguna Twitter lain yang rata-ratanya tak bersetuju dengan apa yang pensyarah tu katakan.

Komen

Komen 1
sumber: twitter

Bukan setakat orang biasa, perkara ni siap dapat perhatian doktor popular, Dr Nur Amalina Che Bakri yang turut sama tak bersetuju.

Kalau betul ini (kenyataan) keluar dari seorang pensyarah, saya kesian dengan masa depan generasi muda kita.”

Dr Amalina
sumber: twitter

Katanya,

“Dengan PhD, anda boleh buat bermacam-macam perkara menarik di dunia – bukan jadi pensyarah sahaja (macam lah benda tu tak bagus)…Jangan biarkan pemikiran cetek meyakinkan anda bahawa impian anda terlalu besar. Hanya pemikiran cetek yang ingin jadi penghalang seseorang.”

Amalina
sumber: instagram

Ramai jugak yang nyatakan kebimbangan mereka sebab takut makin ramai wanita rasa demotivated atau discouraged untuk teruskan impian dalam hidup disebabkan kenyataan tu.

Apa pendapat korang tentang isu ni? 

Baca: Pensyarah Berkelulusan PhD Universiti Tempatan Diselar Kerana Bersifat Perkauman

Page 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.