in

Pensyarah Berkelulusan PhD Universiti Tempatan Diselar Kerana Bersifat Perkauman

Page 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sifat perkauman bukan satu isu yang baru di Malaysia dan boleh dikatakan isu ini sentiasa berpanjangan serta tiada kesudahannya. Namun, siapa sangka seseorang yang berpelajaran tinggi dan seharusnya mempunyai sikap profesional ternyata mempunyai sifat sebegitu sehingga memalukan dan melukakan hati orang lain.


Seorang pelajar Universiti Malaya bernama Lalitha Sudeshna baru-baru ini memuat naik status tentang aduan serta menceritakan pengalamannya berdepan dengan pensyarah berkelulusan PhD yang bersifat perkauman.

“Saya ingin membuat aduan tentang seorang pensyarah dari Fakulti Pendidikan, Profesor Dr. Norlidah,” katanya memulakan status panjang tersebut yang dimuat naik kelmarin.

M

Menurut Lalitha, dia dan kawannya ketika itu pulang awal dari tempat kerja untuk ke kelas. Tiba di sana, mereka bergegas masuk ke dalam kelas dan menyapa pensyarah itu sebelum berjalan ke tempat duduk. Namun, tiba-tiba pensyarah berkenaan berkata sesuatu yang menunjukkan sifat perkauman dalam dirinya.

Ketika mereka mahu duduk, pensyarah itu tiba-tiba berkata,

‘India, saya tidak suka India duduk bersama-sama. Jangan bawa budaya UNITAR ke sini. India duduk sama-sama selepas itu akan meniru tugasan dan plagiat. Saya kenal India.’

Pensyarah itu kemudian meminta Lalitha dan rakannya untuk secara duduk berasingan.

“Awak, baju merah, duduk di depan sekarang,” katanya kepada Lalitha sebelum meminta rakannya untuk duduk di tempat lain.

[sociallocker id=1666]

Pensyarah itu kemudian terus menegaskan bahawa Lalitah dan rakannya itu tidak dibenarkan menyiapkan tugasan bersama-sama.

Saya akan pastikan awak dan kawan awak tidak akan dapat kumpulan yang sama untuk siapkan tugasan. Saya tahu India macam mana,” katanya lagi.

Lalitha yang pada ketika itu marah dengan kenyataan perkauman dari pensyarahnya mengaku tidak sangka ianya datang dari seorang yang berpendidikan tinggi dan bergelar Profesor.

Menurut Lalitha lagi, pensyarah tersebut tidak berhenti di situ, malah terus menerus menghina pelajar India yang lain.

Bagaimana Wawasan 2020 dapat dipenuhi jika kita mempunyai pendidik sebegini di dalam ‘Universiti Awam Terbaik Malaysia’?” soal Lalitha.

Z1 1

Profesor itu malah mempertahankan tingkah lakunya itu dengan mengakui bahawa itu adalah gayanya selain turut menggalakkan pelajar untuk tidak mempromosikan Universiti Malaya kepada orang lain kerana dia lebih memilih untuk tidak mempunyai pelajar yang terlalu ramai di dalam kelasnya.

Rupa-rupanya ini bukanlah kali pertama Lalitha hadapi situasi sebegini bersama Profesor itu.

“Pada hari orientasi, kami bertemu dengan Profesor Norlidah bersama-sama dua lagi pensyarah ketika sesi bersama fakulti.

Perkataan pertama darinya sememangnya melukakan hati dan menjatuhkan semangat.” cerita Lalitha.

Tanpa disangka, Profesor itu bertanya soalan ini kepada mereka,

Awak fikir awak mampu lakukan Masters dengan hanya dua tahun pengalaman? Kamu berdua tidak akan lulus bersama-sama, saya cabar kalian berdua. Awak lakukan apa yang patut dan saya lakukan apa yang saya patut lakukan.” kata Profesor itu kepada mereka berdua.

Lalitha mengaku kata-kata yang keluar dari mulut Profesor itu telah menghancurkan keinginan dan semangat mereka berdua yang ingin menuntut ilmu.

[/sociallocker]

“Saya tidak pernah terasa dihina dalam hidup saya sebelum ini sehingga baru-baru ini dari pensyarah itu. Tidak pernah saya jumpa seseorang berkelulusan PhD bersifat keji dan kurang ajar.

Sungguh memalukan apabila pensyarah atau bekas pelajar itu dari sebuah ‘Universit Awam Terbaik Malaysia’. Sangat penting untuk kita sentiasa ingat bahawa hormat itu bukan datang dari kertas atau pangkat, tetapi sikap diri sendiri.

Sebelum menunjukkan rasa hormat, terlebih dahulu perasaan hormat itu telah hilang terhadapnya. Seseorang yang seharusnya menjadi inspirasi buat orang lain sebaliknya angkuh dan bersifat perkauman.” kata Lalitha.

Lalitha turut menegaskan bahawa pensyarah itu tidak mempunyai hak untuk menghina mereka memandangkan mereka membayar wang untuk menimba ilmu di situ. Dia juga berharap tindakan selanjutnya akan diambil terhadap Profesor itu kerana telah melukakan hatinya dan rakannya itu.

Saya tuntut permohonan maaf daripadanya kerana telah merosakkan reputasi saya. Jika tiada tindakan diambil dari pihak anda, saya tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini kepada media,” akhiri Lalitha melalui aduan itu.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.