Kita memang tak sedar tapi sebenarnya, setiap hari kita menggadaikan nyawa di atas jalan raya. Malang memang tak berbau, walaupun kita dah cuba bawa kenderaan dengan selamat, ia tak menjamin keselamatan kerana ia boleh berlaku atas kecuaian orang lain juga.
Seperti kemalangan yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam, bila seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru ini berlaku selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki mangsa dilanggar oleh Mercedes Benz E250 dari arah belakang.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, mangsa, Nur Auliya Inara Mohamad Nirzaudy Haiqal berusia 10 bulan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital.
“Apabila sampai di tempat kejadian di Jalan Lingkaran Dalam, Kenari berada di lorong kiri dari dua lorong jalan, secara tiba-tiba datang kereta jenis Mercedes E250 dari arah belakang di lorong yang sama melanggarnya.
“Akibat pelanggaran, pemandu Kenari itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terlanggar batu pembahagi jalan seterusnya berpusing sejauh kira-kira 30 meter sebelum terbalik di tengah jalan.
“Bedah siasat dijalankan terhadap bayi perempuan itu pada jam 9.30 pagi ini di Jabatan Forensik, HSA.
“Bapa kandung bayi itu mengalami kecederaan parah di bahagian badan, kepala dan kaki sebelah kiri kanan, manakala ibunya pula cedera parah di bahagian badan, kaki kiri kanan dan muka, selain kedua-duanya masih dirawat di Zon Merah HSA, di sini.
“Bagaimanapun, kakak mangsa yang juga penumpang belakang mengalami luka ringan di bahagian kaki sebelah kiri.”
Tambah Shahurinain, ujian air kencing yang dijalankan terhadap pemandu Mercedes yang berusia 23 tahun ini menunjukkan keputusan negatif semua jenis dadah. Pemandu ini juga tak mengalami sebarang kecederaan dari kemalangan ini.
Awal pagi tadi, adik kandung kepada bapa bayi yang meninggal ini telah menulis luahannya di Facebook, dan luahannya ini menyentuh hati netizen.
Saya sebagai adik kandung kepada keluarga abang saya yg terlibat dalam kemalangan semalam ingin mewakili untuk meminta maaf sekira nya diantara mereka ada membuat salah atau silap kepada anda,dan jikalaw diantara mereka ada hutang yg blum dilunas kan. Boleh memberi tahu kami / sekeluarga. InshaAllah kami akan usaha dan iktiar untuk selesai kan. InshaAllah.
Kerana kami sekeluarga tidak sanggop melihat mohamad Nirzaudy Haiqal (abg saya) bertarung nyawa di zon kritikal dan telah berhenti dugupan jantung nya beberapa saat lalu doc tpaksa mengguna kan mesin penafasan untuk membantu beliau supaya terus bertahan. kini ditukar kan ke wat ICU (KRITICAL) sehingga kini masih koma dan tidak sedar kan diri. Dia Seolah-olah sedang berperang menentukan hidup dan mati.
Begitu jga dengan akak ipar saya Wan Nur izzaty bertarung nyawa di wat ICU koma kerana pendarahan terlalu teruk. Namun kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana akak ipar saya sudah sedar kan diri hari ini. Tetapi yg membuatkan kami tidak sanggop melihat apa bila sejurus beliau sedar kan diri . Terus membukak telapak tangan kiri dan cuba menyampai kan sesuatu melalui tangan kiri seperti surat lalu tangan kanan seperti pen untuk menulis ‘Didi’ (sisuami) dimana?. Kemudian ‘Loya’ (anak sulung nya) Dimana? Dan ‘inara’ (anak kedua) dimana?
Kami sekeluarga terus tunduk lalu berdiam kan diri sambil air mata tidak mampu berenti membasahi pipi. YaAllah sungguh berat dugaan yg kaw terima kak.
Loya Al-hamdulillah selamat menjalani pembedahan tengah hari tadi. Akibat kaki nya yg dihempap kereta. Inara!!! Tunggu pak ude dekat syurga ye sayang. . Pak ude tak kan lupa kan senyuman anak syurga. Belum sempat naufal na bermain lari2 dengan awak. Awak dah tinggal kan kami semua?. Inara meninggal ditempat kejadian akibat pendarahan dikepala kerana terpelanting dari kereta hingga ke bawah flyover .
Sungguh menyayat hati kami sekeluarga. Kami menyayangi arwah bagai kan menatang minyak yg penuh. Bukan kata jentik. Malah nyamok yg cuba menggigit arwah pun kami cuba mengambil bukan tepuk sepaya arwah tidak terkejut ataw sakit. Apatah lagi melihat arwah terpelanting keluar kereta!!! . Sungguh kejam!!
LIHAT LAH PEMBUNUH INARA. Kerana mengguna kan kenderaan import. Rasa hebat . Rasa gagah. memecut laju tanpa menghirau kan pengguna jalan raya yg lain. Hingga melibat kan KEMATIAN anak kecil yg tidak bersalah dan tidah tahu apa2. SUNGGUH KEJAM. Anda melihat kereta abg saya yg di langga. Abg saya memandu sekitar 80km.
Berapa laju SIPEMBUNUH inie mamandu lalu merempuh kereta abg saya? Sehingga arwah terpelanting dari dalam kereta lalu jatuh ke pembahagi jalan sebelah ( bawah flyover)?.
Hanya Allah yg tahu perasaan kami sekeluarga. Allahu .
Dan dalam masa yg sama. Saya dan keluarga ingin ucapkan ribuan trima kasih kepada hero dan heroin yg telah membantu menganbil arwah inara ditengah jalan lalu hantar ke HSA mengguna kan kenderaan sendiri. Dan yg telah menyelamat kan loya dari tersepit dihempap kereta. Hanya Allah dapat membalas budi dan jasa baik hero dan heroin loya dan arwah inara. Semoga ada sejuta kebaikan untuk kalian amin.
Semoga abg saya cepat sedar dan sihat seperti sedia kala. Begitu juga dengan akak ipar saya. Amin ya robbal alamin. Loya cepat sihat ya. Nanti boleh main gelongsor dengan naufal dekat rumah pak ude. Jom ramai sedekah kan Al-fatihah untuk anak syurga inara?.
*SEMOGA PEMBUNUH ARWAH DAPAT HUKUMAN SETIMPAL DENGAN PERBUATAN . SUPAYA TIADA LAGI MANGSA JALAN RAYA LAIN TERBUNUH!!*??.
Allahu, semoga ibu bapa Inara cepat sembuh dan kuat untuk menghadapi dugaan ini. Harapnya, pihak polis dapat memberi jawapan tentang punca kemalangan ini secepat mungkin.