in

“Macam BF kejutkan!” – Buat Hal! Gadis Mengigau Tak Sangka ‘Call’ Mak Kawan Bangun Sahur

page sahur e1649467211727

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masuk hari kedua berpuasa ni, memang tak dinafikan macam-macam gaya orang berpuasa. Ada yang dari banyak cakap terus jadi pendiam semata-mata taknak penat tak pun jenis yang list awal-awal hari ni nak beli apa kat bazar.

Bukan tu je, gelagat orang bangun sahur pun selalu jadi perhatian sebab masa tu lah segala ‘bakat terpendam’ akan keluar contohnya kawan-kawan atau pasangan minta untuk kejutkan bangun sahur. Sampaikan yang single pun sendu je rasa!


Pun begitu, lain pula cerita dari perkongsian gadis di Twitter @tushihawary ni, memang buat ramai berdekah! Baru first day puasa dik… Hahaha!

Dek kerana mamai dan mengigau baru bangun tidur, dia terus ‘call’ untuk kejut kawannya seperti yang dijanjikan namun segalanya jadi haru-biru lepas orang yang ditelefon itu merupakan ibu kepada kawannya!

“Bukan missed call tau!”

Perkongsian screenshot perbualan gadis ini bersama kawannya ini telah buatkan ramai terhibur kerana difahamkan ibunya juga kebetulan mengangkat panggilan yang dibuat dan menyuruh untuk segera bangun sahur.

puasa new 3

“Kita cam terkejut tau nape mak kamu tetiba ws kita cakap thank you kejut sahur” – Ujar gadis itu

“Teruk sangat single ni…”

Disebabkan aktiviti kejut-mengejut bangun sahur ini telah menjadi trend, memang ramai yang di bahagian replies dan quotes mengatakan gadis tersebut beruntung kerana tersalah ‘call’ ibu kawan dan bukannya ibu kepada teman lelakinya.

Malah, ada juga yang kongsikan pengalaman mereka yang seakan-akan sama dengan situasi lucu ini setiap kali bulan puasa!

sahur full

Friendship goals betul lah korang ni, sampaikan ada nombor mak masing-masing. Make sure berbuka on time tau! Hihihi…

Baca: Siren Akan Berbunyi Kalau Dah Cukup Pengunjung, MBPJ Guna Sistem Untuk Kawal Kemasukan Ke Bazar

page bazar

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.