in

“Menggelupur masing2 keluar” – Netizen Terbahak Tengok Gelagat Anjing Selamba Masuk Dalam Kereta

Tiktok Viral Anjing Masuk Dalam Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini takut anjing? Haa angkat tangan! Kalau korang takut anjing mesti korang auto boleh relate dengan kejadian yang berlaku kepada pemilik kereta kat bawah ini pada tanggal 31 Ogos lepas.


Menerusi perkongsian @ainasyzwna14 di TikTok, kejadian yang dinamakan sebagai ‘Tragedi 31 Ogos’ ini berlaku apabila seekor anjing dilihat berjalan dengan selamba dan menuju ke sebuah kereta yang sedang diparkir di tepi jalan.

Kehadiran anjing tu memang disedari beberapa orang di situ, tapi tak pula mereka menyangka ia akan memasuki kenderaan tersebut dan mencetuskan kekecohan ramai.

2

Kedengaran jeritan dan juga bunyi hon berkali-kali yang dikatakan berpunca dari anjing tersebut yang menekan hon di stereng kereta. Eh eh buat hal betullah anjing ni! 

@ainasyzwna14

Alkisah nak keluar beli barang bertukar tragedi? anjing ajak bergurau pulak!?? DONT WORRY TAKDE YANG CEDERA? #foryourpage#buwatjer #viralmalaysia

♬ Oh No – Kreepa

 

“Adoiii tergelak pepagi ni”

Rata-rata netizen yang melihat video itu merasa geli hati melihat gelagat ‘mangsa’ gangguan anjing tersebut yang terperangkap di dalam kereta dan hanya boleh menjerit meminta tolong.

Malah ramai juga berkata, kemungkinan anjing tersebut terlalu bosan dan saja nak ‘berkawan’ dengan mereka yang ada di sekeliling, sebab itulah dia masuk ke dalam kereta tu. Sabor jelah ye… 

Anjing Masuk Dalam Kereta Komen

Kalau min jadi macam ni, maunya tak jerit. Geng takut anjing!

Baca: [VIDEO] Rider FoodPanda Rempuh Pagar Rumah Orang Gara-gara Dikejar Anjing Liar

Krepa

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.