in

“Menggamit memori betul”- Ini 8 Kartun Yang Kita Selalu Layan Ketika Kecil-kecil Dulu

Feature 1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan dulu-dulu capaian internet di Malaysia masih lagi belum meluas, kanak-kanak pada zaman itu hanya bergantung kepada televisyen untuk dapatkan hiburan. Jadi, semua rancangan kartun atau hiburan kanak-kanak kita tengok sebab tak tau nak buat apa selain tengok tv kan. 


Walaupun dunia dah semakin advanced, semua kat hujung jari je namun min yakin, ramai juga yang rindukan zaman-zaman kanak-kanak mereka. Selain Doraemon dan Crayon Shin-chan, berikut adalah lapan kartun yang kita selalu tengok ketika kecil-kecil dulu.

#1 Totally Spies!

Mungkin rancangan ni tak berapa popular dalam kalangan kanak-kanak lelaki tapi yang gegirl mesti pernah tengok cerita ni kan. Watak tiga sekawan iaitu Alex, Sam dan Clover yang juga merupakan perisik memang menjadi dambaan kanak-kanak perempuan dulu-dulu.

Kartun 1

Mesti ramai kan yang berebut nak jadi Sam dengan kawan-kawan sebab watak yang tu paling cantik. Kalau korang teringin nak tengok balik cerita ni, boleh usha siri ini di Netflix. 

#2 Anak-anak Sidek 

Kartun yang ni juga cukup popular sebab ia merupakan kisah autobiografi keluarga pemain badminton negara iaitu Haji Sidek dan anak-anaknya. Kartun ni jugak ada komiknya dan dulu-dulu, kalau ada kawan yang dah beli komik ni, mesti berebut nak pinjam.

Kalau tak silap, kartun ini telah ditayangkan di RTM dan ianya juga diedarkan dalam bentuk VCD.

#3 Kampung Boy

Siri animasi ini pula ditayangkan di Astro pada sekitar tahun 1999 dan sehingga kini, rasanya ianya masih mendapat tempat di hati kanak-kanak. Kartun ini merupakan karya kartunis terkenal Malaysia iaitu Lat menceritakan tentang kisah seorang budak lelaki iaitu Mat dan kehidupan sehari-harinya di kampung.

Kartun 2

Memang nostalgia betul cerita ni sebab ia berkisar tentang kehidupan orang-orang kita yang hidup di kampung.  

#4 Pingu 

Walaupun siri Pingu bukanlah sebuah kartun sebaliknya merupakan claymation (sejenis stop-motion), tak lengkap rasanya kalau tak masukkan cerita ini dalam senarai. Zaman min dulu, cerita Pingu ini ditayangkan pada waktu pagi hujung minggu, so time weekend, memang kena bangun awal takut terlepas tengok. 

Kartun 5

Walaupun keluarga Pingu ni bercakap dalam bahasa penguin yang kita tak faham pun, namun jalan ceritanya tetap difahami oleh penonton. Yang paling legend bila Pingu ni keluarkan bunyi ‘Noot Noot’ tu. 

#5 Hagemaru 

Siapa je yang tak ingat dekat watak budak botak yang kedekut ni kan? Di Malaysia, siri ini telah ditayangkan di Astro Ceria beberapa tahun lalu. Hagemaru ni selalu buat benda-benda pelik yang kadang-kadang tak masuk akal pun untuk jimatkan duit.

Kartun 4

Untuk mengimbau kenangan, boleh tengok balik episod sakit gigi ni di YouTube.

#6 Atashin’chi 

Kalau tak silap, siri komedi kekeluargaan ini pula telah ditayangkan di TV3 pada suatu ketika dahulu. Ianya mengisahkan tentang keluarga Tachibana yang banyak ragam dan kerenah. Yang paling kelakar mestilah si emak sebab dia selalu try pelbagai cara untuk tak bazirkan makanan, wang atau elektrik.

Lagu opening siri ni pun best jugak. Korang boleh dengar kat sini

#7 Usop Sontorian 

Siri animasi ini pula cukup menjadi kebanggan rakyat Malaysia sebab ia diterbitkan oleh rakyat negara kita yang berbakat. Ia berkisar tentang seorang kanak-kanak iaitu Usop dan keluarganya yang tinggal di sebuah kampung. Disebabkan Usop ni anak bongsu, dia selalu disuruh oleh kakaknya untuk ke kedai untuk membeli jajan. 

Kartun 3

#8 Kacang 

Lagu cerita ni masih lagi terngiang-ngiang di telinga min. Siri ini telah ditayangkan di RTM1 pada beberapa tahun lalu. Ia mengisahkan tentang kehidupan kacang-kacang di sebuah rumah. Antara watak kacang yang ada ialah kacang hijau, kacang kuda, kacang gajus dan kacang merah.

Siri ni memang bagus sebab banyak diselitkan nasihat berguna dalam setiap episod yang disiarkan.

Kalau ada kartun lain yang kami terlepas pandang, boleh kongsikan kartun kegemaran korang di ruangan komen. 

Baca: Imbas Kembali, Ini 5 Anime Yang Bakal Buat Anda Rindu Zaman Kanak-Kanak

Kartun

Sumber: IMDb
Sumber: Wikipedia
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.