in

Mengejutkan! 4 Menteri & 4 Timbalan Menteri Dari BN Digugurkan Sebagai Calon PRU15

Nama Tak Dicalonkan Bn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin panas! Inilah yang boleh admin katakan berkenaan situasi politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan pada 19 November ini.


Menurut Berita Harian, Barisan Nasional (BN) membuat satu kejutan apabila empat orang menteri Kabinet BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah digugurkan sebagai calon PRU15.

Perkara ini diketahui menerusi pengumuman calon BN bagi kerusi PRU15 oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi di World Trade Center (WTC), malam tadi.

Nama-nama yang digugurkan 

Berikut 4 menteri kabinet Barisan Nasional yang digugurkan:

  1. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau)
  2. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh)
  3. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara)
  4. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi)

Menteri Digugurkan

Manakala 4 timbalan menteri yang digugurkan:

  1. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)
  2. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Maran) 
  3. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin) 
  4.  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar)

Timbalan Digugurkan

Sementara itu, nama-nama besar lain yang tidak calonkan semula termasuklah penyandang Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan 5 lagi kerusi Parlimen iaitu Tanjong Karang, Kuala Pilah, Kuala Nerus, Jempol dan Tumpat masih belum dimuktamadkan menurut Datuk Seri Zahid Hamidi.

Nama tidak disebut, Noh Omar nampak ‘longlai’? 

Dalam pada itu, tular semalam sebuah video memaparkan penyandang kerusi Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berada dalam keadaan longlai.

Ramai mendakwa ia berikutan tindakan Pengerusi BN tidak mengumumkan nama calon yang bakal bertanding di Tanjung Karang. Ia malah menimbulkan tanda tanya apakah nasib Noh bagi PRU15 nanti, lapor Astro Awani.

Di dalam video tersebut Noh juga dilihat sedang ditenangkan oleh beberapa penyokong BN sebelum memasuki kenderaan untuk pulang.

Agaknya apa lagi kejutan yang kita akan dengar menjelang PRU nanti ya? Sama-sama kita nantikan. 

Baca: Tinjauan: Ismail Sabri Pilihan Popular Pengundi Sebagai PM Untuk PRU15?

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.