in

Kajian Mendapati 2 Billion Manusia Bakal Terkesan Sekiranya Suhu Dunia Meningkat

Pemanasan Global

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.



Kira-kira 2 billion manusia, atau lebih satu perlima daripada populasi dunia akan terdedah kepada suhu panas melampau dan berbahaya menjelang akhir abad ini sekiranya suhu bumi meningkat dan mencapai 2.7 darjah Celsius pemanasan global.

Perkara tersebut didedahkan oleh para penyelidik di Institut Sistem Global di Universiti Exeter dan Universiti Nanjing, yang diterbitkan dalam jurnal Nature Sustainability yang dikaji semula pada hari Isnin lalu.

Jelas mereka lagi, mengurangkan pemanasan global daripada 2.7 kepada 1.5 darjah, seperti yang dikehendaki di bawah Perjanjian Paris, boleh mengurangkan populasi yang terdedah kepada haba yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Desert Drought Dehydrated Clay Soil 60013

Menurut kajian berkenaan, setiap 0.1 darjah pemanasan dari keadaan sekarang akan mendedahkan 140 juta orang terhadap tahap panas yang berbahaya.

Sekarang ini, sekitar 600 juta orang atau 9 peratus populasi dunia telah terdedah dengan keadaan panas yang berbahaya ini menurut para pengkaji berkenaan. Tambah mereka lagi, jika pemanasan global mencapai 3.6 atau bahkan 4.4 darjah, separuh daripada penduduk dunia boleh ditinggalkan di luar niche iklim, menimbulkan keadaan yang dipanggil oleh penyelidik sebagai “risiko kewujudan”.

Mereka yang ditinggalkan ini akan terjejas teruk dengan haba dan pemanasan dunia pada penghujung abad ini menurut professor Universiti Nanjing yang juga merupakan salah satu pengkaji yang terlibat.

Dreamstime M 24844903 Scaled 1 1

Tambahnya lagi, suhu tinggi seperti itu telah dikaitkan dengan berbagai isu yang termasuk peningkatan kematian, penurunan produktiviti buruh, penurunan prestasi kognitif, gangguan dalam proses pembelajaran, hasil kehamilan yang buruk, penurunan hasil tanaman, peningkatan konflik, serta penyebaran penyakit berjangkit.

Dalam masa yang sama, kajian tersebut juga memfokuskan terhadap ketidaksamaan dalam krisis iklim, di mana mereka yang tinggal di kawasan dengan emisi karbon terendah saat ini mungkin menghadapi risiko paling tinggi terhadap kondisi panas yang berbahaya.

Menurut kajian, pada 2.7 darjah (suhu), hampir 100 peratus daripada beberapa negara termasuk Burkina Faso dan Mali akan menjadi panas dan berbahaya bagi manusia. India dan Nigeria pula akan menjadi dua negara dengan penduduk paling ramai terdedah pada tahap pemanasan global ini, masing-masing dengan lebih 600 juta dan lebih 300 juta penduduk.

Pexels Daniel Sikpi 11390779 1

Para penyelidik berharap kajian mereka dapat membantu merapatkan jurang pemahaman semasa orang ramai tentang perubahan iklim, dan berfungsi sebagai peringatan tegas tentang keperluan mendesak untuk tindakan tegas untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan cepat menjelang Persidangan Perubahan Iklim Bonn yang dianjurkan oleh Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim di Jerman bulan depan.

Suhu global berkemungkinan melonjak ke paras tertinggi yang direkodkan dalam tempoh lima tahun akan datang kerana ianya didorong oleh gas rumah hijau yang memerangkap haba dan kejadian El Nino yang berlaku secara semula jadi.

Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia minggu lepas, El Nino membawa cuaca lebih panas dan kering dengannya dan sudah beberapa negara di Asia telah mencatat rekod suhu  yang tinggi pada bulan April.

Baca : Kiamat Iklim 2040 Dijangka Turut Melanda Malaysia, Ini Apa Korang Boleh Buat…

Kiamat Iklim Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.