in

“Mengaku pura-pura bahagia” – Bintang Kpop, Sulli Dilaporkan Meninggal Dunia Dirumahnya

Kpopbunuhdiri2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan pelakon Kpop 25, ditemui mati dirumahnya di Seongnam, Gyeonggi hari ini. Lapor sumber The Korea Herald, dia ditemui tidak sedarkan diri oleh pengurusnya sekitar 3.21 pm waktu tempatan.


Ia berikutan dengan pengurusnya gagal untuk dapat menghubunginya sekitar 6.30 pm semalam.

Siasatan polis sedang menjalankan siasatan, bagaimanapun Sulli disyaki bunuh diri. Namun tiada sebarang nota ditemui pada waktu kejadian.

 

“Didapati dia tinggal berseorangan di rumahnya. Kami syak bahawa dia bunuh diri tapi siasatan akan dijalankan. – Polis

62232829 214859866158126 2463224644313590646 N
Sumber : mstar

Sulli, atau nama sebenarnya Choi Jin-ri, merupakan bintang kanak-kanak terkenal pada tahun 2005, dia pernah membintangi satu drama. Pada tahun 2009, dia menganggotai kumpulan Kpop f(x)

Terdapat beberapa hits yang menaikkan nama mereka pada masa itu. Pada tahun 2015, Sulli nekad untuk keluar daripada bidang nyanyian kerana ingin fokus dalam lakonannya.

Lapor mStar Online, Sulli mengakui hidupanya kosong dan hanya berpura-pura bahagian di khalayak umum.

Sulli kini sedang trending di Twitter, ramai peminatnya dari seluruh negara menzahirkan rasa simpati terhadap berita kematiannya ini.

 

Baca : 4 Nota Akhir Yang Ditinggalkan Selebriti Kpop Sebelum Bunuh Diri!

Kpopbunuhdiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.